Sebahagian dari perantau yang menghadiri majlis Aidilfitri anjuran MTD Bukit Payong
Majlis Tindakan Dewan Undangan
Negeri Bukit (MTD) Payong baru-baru ini telah mengadakan majlis sambutan
sempena aidilfitri bagi meraikan kepulangan perantau-perantau anak kelahiran
Bukit Payong.
Majlis yang diadakan selepas solat
Isyak di perkarangan Madrasah Titian Baru itu, telah dihadiri oleh kira-kira
120 orang perantau bersama ahli keluarga mereka.
Adun Bukit Payong yang juga
Pengarah MTD, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan ahli jawatankuasa MTD turut hadir
sebagai tuan rumah bagi memeriahkan lagi majlis itu.
Dalam ucapan alu-aluannya, Ustaz
Mohd Nor berkata kumpulan perantau adalah satu kumpulan penting dalam
mencorakkan kemenangan sesebuah parti dalam pilihanraya terutamanya kawasan
sengit seperti Bukit Payong.
MTD memandang perantau satu
kumpulan pembantu dalam PRU yang sangat penting dan akan memperkemaskan lagi
pengurusan keatas kumpulan ini.
Beliau mengucapkan jutaan terima
kasih atas bantuan yang telah diberikan oleh perantau Bukit Payong yang pada
pilihanraya yang lalu, mereka telah menyumbang kepada kemenangan PAS di Bukit
Payong.
“Perantau di Bukit Payong telah
membantu kejayaan kita mengekalkan kerusi Dun pada PRU yang lalu.
MTD akan memperkukuhkan lagi hubungan
dengan saudara-saudari dengan memperkemaskan pengurusan berkaitan perantau.
Saya ucapkan terima kasih atas
bantuan saudara-saudari semua,” kata beliau.
Dalam majlis itu juga, MTD telah
membuka peluang bagi perantau mengemukakan soalan ataupun cadangan bagi
memantapkan lagi kekuatan PAS di Bukit Payong.
Antara cadangan itu ialah
menubuhkan kumpulan perantau Bukit Payong yang khusus serta kumpulan rangkaian
perhubungan seperti melalui WhatsApp dan juga Telegram bagi memudahkan
komunikasi.
Ianya juga bertujuan memberikan
maklumat terkini dan terus dari wakil rakyat kepada perantau berkaitan isu-isu
semasa dan juga pelbagai maklumat-maklumat lain.
Sebahagian perantau juga
mengemukakan soalan-soalan berkaitan masalah-masalah rakyat bagi wakil rakyat
membawanya ke sidang Dun akan datang.
Kehadiran perantau kali ini
menurut salah seorang Ajk MTD, melebihi jumlah kehadiran tahun lalu yang
kira-kira separuh daripada kehadiran tahun ini.
Ini adalah acara tahunan bagi MTD
dalam usaha menghargai perantau yang bersusah payah pulang ketika PRU bagi
membantu PAS memenangi kerusi Bukit Payong.
0 comments:
Post a Comment