Bismillah
Masih dalam
surah al-Maa’idah ayat 51. Jika kita mengambil Yahudi dan Nasrani sebagai teman
rapat sebagaimana munafik mengambil mereka sebagai teman, kerana takut ditimpa
bencana (yang mana nanti munafik itu terpaksa meminta pertolongan dari
rasulullah. Inilah yang mereka tidak mahu) maka kita akan menjadi sebahagian
daripada golongan mereka.
Jika diantara
kita ada yang murtad, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah
kasihkan mereka dan mereka kasihkan Allah, bersifat lemah lembut dengan orang
beriman dan tegas dengan kafir, berjuang di jalan Allah dengan
bersungguh-sungguh serta tidak takut dengan celaan orang yang mencela. Siapa
yang menjadikan Allah dan rasul serta orang-orang beriman sebagai penolong,
maka berjayalah mereka kerana golongan inilah yang tetap menang. Jangan diambil
kaum yang mengejek-negejek agamamu sebagai penolong.
Ahli kitab
dengki dengan nabi Muhammad dan umatnya kerana beriman kepada Allah dan segala
yang Allah suruh untuk beriman. Orang yang buruk balasannya di sisi Allah ialah
golongan yang dilaknat oleh Allah dan yang dijadikan kera dan babi serta
penyembah taghut. Pendita-pendita mereka tidak melarang dari perkara yang
haram. Mereka juga mengatakan bahawa “Tangan Allah Terbelenggu” (Bakhil)
sedangkan dialah yang bakhil. Allah maha pemurah dalam melimpahkan rezekiNya,
tetapi manusia ramai yang semakin menjadi kufur dan melakukan kerosakan di
dunia ini.
Jika mereka
(ahli kitab) melakukan semua arahan dari kitab yang Allah turunkan maka Allah
akan kurniakan rezeki yang mewah. Mereka dikira tiada beragama selagi tidak
menurut kitab mereka (berkenaan nabi Muhammad) dan al-Quran. Jika mereka
beriman, Allah jamin tiada kebimbangan bagi mereka. Bani Israel dahulunya suka
membunuh nabi dan rasul yang dikirim Allah kepada kaum mereka jika apa yang
diajar oleh nabi dan rasul itu tidak disukai nafsu mereka. Mereka tidak rasa
yang azab akan datang setelah mereka berbuat demikian.
Allah
menjelaskan nabi Isa berkata sembahlah Allah, tuhanku dan tuhanmu kepada bani
Israel. Dan sesiapa yang menyekutukan tuhan atau berkata al-Masih itu tuhan,
maka tempatnya di neraka. Juga kafir jika berkata Allah ialah satu dari tiga
tuhan. Tetapi Allah maha penyayang dan masih membuka pintu taubat untuk
hambanya yang mahu bertaubat. Allah telah jelaskan kepada ahli kitab (dengan keterangan-keterangan) bahawa Isa itu
seorang nabi dan ibunya seorang perempuan yang benar dan makan minum seperti
manusia biasa. Tidak patut menyembah selain dari Allah yang tiada memberi
manafaat kepada manusia.
Ahli kitab
melampau dalam agama dan menyesatkan orang lain. Sehingga dilaknat oleh lisan
nabi Daud dan Isa melalui kitab mereka kerana selalu menderhaka dan menceroboh
dan tidak melarang perbuatan mungkar sesama mereka. Paling keras permusuhan
dengan orang Islam ialah Yahudi dan dan musyrik. Tetapi bagi Nasrani mereka
lebih dekat dengan kita kerana ada diantara mereka pendita dan ahli ibadat
serta mereka tidak berlaku sombong (yang dimaksudkan Nasrani di sini ialah Raja
Habsyah, Najasi – mengikut pendapat Ibnu Abbas melalui at-Tabraani. Najasi
menangis ketika dibacakan surah Maryam kepadanya oleh Jaafar bin Abi Talib dan
kemudiannya memeluk agama Islam). Maka Allah menerima keIslamannya.
Dinyatakan dalam
ayat ke 89 hukum kafarah bersumpah. Manakala dalam ayat ke 90 pula dinyatakan hukum
arak, bertenung nasib, judi serta pemujaan berhala adalah perkara keji dan dari
amalan syaitan. Jika kita menjauhinya, maka kita akan berjaya. Ini kerana
syaitan hanyalah mahu membuat persengketaan antara manusia atas judi dan arak
ini dan supaya kita meninggalkan sembahyang.
Allah sengaja
menguji manusia dengan binatang buruan ketika berihram supaya kita tetap patuh
dengan larangan Allah. Dinyatakan juga hukum bagi orang berihram yang membunuh
binatang.
Kita dilarang
dari bertanya berlebih-lebihan atas perkara yang mungkin menjadi kesusahan bagi
kita. Kerana sebab terlalu banyak bertanyalah maka ada kaum menjadi kafir.
Musyrikin Mekah ada mempunyai binatang-binatang persembahan yang menjadi
pantang larang mereka yang tidak berasal dari hukum Allah tetapi dari nenek
moyang mereka.
Dinyatakan hukum
wasiat dalam ayat 106-108.
Diakahirat, Allah
akan bertanya kepada rasul tentang penerimaan umat mereka terhadap ajaran yang
dibawa. Ada umat mereka mengatakan mukjizat rasul mereka hanyalah sihir seperti
kaum nabi Isa. Kecuali sebahagian dari mereka yang tetap beriman dengan nabi
Isa iaitu Hawariyyun yang kemudiannya dikurniakan Allah hidangan dari langit
setelah mereka memintanya melalui nabi Isa. Nabi Isa diakhirat nanti akan
ditanya Allah adakah dia yang menyuruh kaumnya berkata dia adalah tuhan bersama
ibunya MAryam,maka nabi Isa tegas menafikannya serta meminta Allah pula menjadi
saksi bahawa dia tidak pernah berkata begitu. Nabi Isa hanya mengatakan kepada
umatnya supaya menyembah Allah sahaja tiada sekutu baginya. Tamat surah
al-Maa’idah. Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment