Muktamar PAS ke-60 :
Tiga penekanan kepada asas kesatuan
fikrah dijelaskan oleh perwakilan dari Terengganu bagi memberikan kefaham yang
lebih jelas kepada maksud sebenar tahaluf siasi ketika membahaskan ucapan dasar
presiden sebentar tadi.
Perkara tersebut ialah pertama, PAS
merujuk kepada rujukan Islam iaitu al-Quran dan sunnah.
Kedua, PAS adalah jemaah Islam
dan yang ketiga Pakatan Rakyat bukan
jemaah Islam dan Pas hanya mempunyai tahaluf siasi sahaja dengan PKR dan DAP.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menjelaskan
lagi, dalam tahaluf ini ulamak terbahagi kepada dua pandangan iaitu tidak boleh
dan satu lagi boleh tetapi dengan bersyarat, tanpa ada ulamak yang mengatakan ianya
harus tanpa syarat.
Kerjasama ini menurut beliau lagi
ialah hanyalah kerjasama dalam politik sahaja, tidak lebih dari itu dan
seharusnya kepada ketua parti masing-masinglah ketaatan dan wala’ itu mesti
diberikan.
Seterusnya beliau memberikan
amaran kepada sesetengah ahli agar tidak menjadi krisis yang berlaku dalam
Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan kedudukan presiden, sebaliknya perlu sama-sama
mempertahankan presiden.
“Jangan ada tangan PAS yang
mengikut kepala DAP.
Kepala kita adalah presiden.
Kepala PKR adalah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.
Jangan dikalangan tubuh yang ada pada
PAS tiba-tiba mengikut kepala PKR dan DAP,” tegas beliau sambil disambut
laungan takbir dari perwakilan.
Beliau yang juga wakil rakyat
Bukit Payong Terengganu itu juga menempelak perwakilan yang marahkan Pemuda PAS
yang memakai pakaian bertulis “Kami Sokong Presiden” dan “Kami Sokong Majlis
Syura Ulamak”.
Sedangkan menurut beliau,
tindakan pemuda itu adalah tanda sokongan kepada presiden dan Majlis Syura
Ulamak sama seperti ketika demonstrasi menyatakan bantahan kepada Israel atau sokongan kepada Palestin, iaitu
menggunakan sepanduk dan tulisan.
Dengan sinis beliau mengatakan
bahawa mereka yang marahkan kumpulan pemuda itu seperti orang yang memelihara
hantu raya yang sangat takut apabila melihat ayat-ayat quran digantung di
pintu-pintu rumah.
Mengakhiri ucapan beliau, beliau mengambil
kesempatan bagi mengucapkan tahniah kepada presiden diatas perlantikannya
sebagai Naib Pengerusi Ulamak Dunia baru-baru ini, sambil disambut gema takbir
perwakilan tanda penghormatan kepada presiden.
0 comments:
Post a Comment