Bismilllah
Surah al-An’aam
(Binatang Ternak) diturunkan di Mekah, mengandungi 165 ayat dan hal berkaitan
nama surah ini disebutkan pada ayat ke 136. Penekanan yang utama surah ini
ialah berkenaan aqidah, menolak hal syubhah yang ditimbulkan oleh orang-orang
kafir, menafikan bahawa manusia berhak mengharam dan menghalalkan sesuatu,
hanya Allah sahaja yang layak, menerangkan keadaan orang kafir mati dan
menegaskan bagi orang mukmi, seluruh solat, ibadat, hidup dan mati mereka
hanyalah untuk Allah tuhan sekelian alam.
Antara isi
penting ialah, Allah yang mencipta langit, bumi. Manusia dicipta dari tanah dan
akan dimatikan dalam tempohnya kemudian dibangkitkan semula pada hari kiamat.
Allah mengetahui segalan-galanya. Orang kafir selalu menolak keterangan dari
Allah, mengejek, mendustakannya sehinggalah mereka ditimba bala atas perbuatan
mereka itu, padahal sudah banyak kaum ( walaupun kaya dan kuat) yang Allah
telah musnahkan kerana itu.
Rasulullah
diperintahkan menjadi orang pertama menyerah diri kepad Allah (Islam) dan tidak
menjadi orang musyrik serta tidak patut baginya mengambil pelindung selain dari
Allah yang menciptakan semua di alam ini. Tiada yang selamat jika sekiranya
bencana dating kecuali Allah yang menyelamatkan mereka. Allah menjadi saksi
kenabian nabi Muhammad serta mengurniakannya wahyu yang mengesakan Allah serta
menafikan kesyirikan. Tetapi ahli kitab menolak al-Quran dan nabi Muhammad
sedangkan mereka mengenali nabi Muhammad selengkapnya melalui kitab-kitab
mereka malah mendustakannya.
Di akhirat Allah
menyuruh musyrikin untuk membawa benda-benda yang mereka sembah, tetapi dalam
keadaan dusta mereka menafikan bahawa mereka telah mempersekutukan Allah
sedangkan Allah mengetahui mereka melakukan itu serta mendustakan ayat-ayat
Allah. Lebih dari itu mereka juga menghalang orang lain dari mendengar
ayat-ayat Allah. Allah menggambarkan ketika golongan ini berada di tepi jurang
neraka, mereka ngeri dengan keadaan neraka, meminta untuk kembali ke dunia
untuk beriman kepada Allah. Sedangkan Allah tahu, jika mereka dikembalikan
semula ke dunia, mereka tetap tidak beriman, mereka hanya berdusta (lihatlah
dahsyatnya pendustaan mereka, sehingga di tepi jurang nerakapun, mereka masih
meneruskan pendustaan mereka).
Allah menyuruh
mereka mengakui, kiamat ini benar dan mereka mengakui, tetapi Allah tidak akan
mengembalikan mereka semula ke dunia dan mereka diazab atas dosa mereka sambil
mereka merasakan kekesalan yang teramat sangat atas sikap mereka mendustakan
ayat-ayat Allah dahulu. Sedangkan kehidupan dunia ini hanyalah sesuatu yang
melalaikan sahaja, akhiratlah yang kekal abadi. Oleh itu rasulullah
dinasihatkan Allah agar bersabar dengan segala tentangan itu. Allah sifatkan
keadaan orang yang tidak mahu menerima ajaran nabi itu adalah orang yang mati.
Mereka tiada yang dapat menolong ketika azab Allah datang. Mereka berdegil
kerana syaitan telah menghiasi perbuatan kufur mereka itu dengan keindahan.
Mereka malah diberikan Allah kemewahan dan kesenangan, tetapi pada satu ketika,
Allah menarik semua itu dengan mengejut sehingga ada yang dibinasakan
keturunannya.
Sudah banyak
keterangan-keterangan yang Allah telah berikan, tetapi kaum yang zalim tetap
ingkar. Rasulullah tidak mempunyai perbendaharaan Allah serta tidak tahu
perkara-perkara yang ghaib dan baginda bukan malaikat. Tetapi baginda hanya
menyampaikan apa yang Allah suruh. Ada dikalangan orang kaya yang sombong dan
kufur menghina orang miskin yang bersyukur, tetapi Allah tahu siapa yang
bersyukur.
Allah maha
menerima taubat hambanya walaupun hambanya datang dengan sepenuh dosa. Allah
melarang kita menyembah selain dariNya kerana berada dalam Islam beerti tetap
berada dalam kebenaran. Tetapi orang kafir mencabar kebenaran itu dengan
meminta azab dengan segera. Rasulullah memaklumkan jika kuasa memberi azab itu
ada ditangannya, maka mudahlah diselesaikan. Tetapi kuasa itu ada dalam kuasa
Allah kerana dia maha mengetahui segala-galanya sehinggakan setiap helai daun
yang gugur, biji yang gugur walau dalm keadaan gelap sekalipun, segalanya telah
tercatat di Lauh Mahfuz. Dia juga yang menghidup dan mematikan dan kemudiannya
mengadili seluruh manusia atas apa amalan yang dilakukan di dunia.
Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment