Dewan hari ini dikejutkan dengan
pendedahan-demi pendedahan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri
Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan PerasmianTuanku
Sultan Terengganu.
Paling mengejutkan ialah
pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan
minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan
menyebabkan dia “diturunkan” dari jawatannya.
Beliau menyentuh perkara itu
ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd
Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.
Wakil Kijal itu menjelaskan
beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi
buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran
kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.
Tambah beliau lagi 1MDB pada
asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila
terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar
hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.
“Saya memohon maaf, buat masa ni
saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui,
betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang
modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.
Tetapi apabila kita dapati “hanky
panky” (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat
permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika
itu.
Inilah satu sebab kenapa saya
dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik
diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta
sebagai modal berbayar ketika itu.
Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar,
melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang
mendapat tepukan dari wakil pembangkang.
Semenjak diturunkan dari jawatan
Menteri Besar semenjak setahun yang lalu, inilah kali pertama Dato’ Ahmad Said
bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan
dengan pendedahannya itu.
Sidang DUN Terengganu bagi
Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei
sehingga Khamis 14 Mei ini.
0 comments:
Post a Comment