Setelah setahun menduduki kerusi
tertinggi dalam pemerintahan kerajaan negeri, Dato’ Sri Ahmad Razif Abdul
Rahman sebenarnya ada persoalan yang yang melibatkan integriti yang mesti
beliau jelaskan kepada rakyat Terengganu.
Setelah tersebar baru-baru ini berita
berkenaan pembaikian rumah MB, semalam timbul pula cerita berkaitan dengan
abang beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Azmi Abdul Rahman yang
dikatakan mempunyai pejabat di Permai Park Inn.
Hal ini telah ditimbulkan oleh
bekas Menteri Besar Terengganu, Dato Sri Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan
menjunjung kasih Titah Ucapan Perasmian oleh Tuanku Sultan Terengganu pada 11
Mei lalu.
Beliau dalam ucapannya itu
mendedahkan bahawa MB telah melantik abangnya menjadi salah seorang Board of
Director(BOD) untuk Terengganu Incorperated (TI).
Tetapi yang beliau inginkan
penjelasan, siapakah yang membayar bilik yang dikatakan sebagai bilik operasi
di Permai Park Inn bagi melakukan kerja-kerja yang menurut Ahmad, tidak
sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar abang kepada MB.
“Saya minta maaf, penglibatan,
ini melibatkan soal integriti. Saya sedar bahawa YAB MB telah melantik abang
YAB sendiri sebagai seorang BOD untuk TI, Terengganu Inc.
Tapi masalahnya saya ingin tahu,
siapakah yang membayar bilik 1001 di Permai Inn, ketika bermula YAB menjadi MB,
yang mana abang YAB sendiri yang mana saudara Tuan Haji Azmi Abdul Rahman,
membuka bilik itu sebagai bilik operasi.
Untuk melaksanakan kerja-kerja
yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar abang kepada MB,”
kata beliau.
Namun beliau tidak menjelaskan
dengan lebih lanjut apakah ‘kerja-kerja yang tidak sepatutnya dilakukan’ yang
dikatakan telah dilakukan oleh abang MB itu.
Sidang DUN Terengganu bagi
Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei
sehingga Khamis 14 Mei ini.
0 comments:
Post a Comment