Surah
Yusuf. Diturunkan di Mekah, mengandungi 111 ayat. Kisah Nabi Yusuf memenuhi
hampir keseluruhan surah ini. Allah menyatakan al-Quran diturunkan dalam bahasa
arab untuk kita memahaminya. Menurut Tafsir al-Qaasimi, bahas arab adalah
bahasa yang terbaik yang dapat menampung makna-makna dan rahsia-rahsia al-Quran
yang sangat luas itu berbanding dengan bahasa lain. Diturunkan kepada
rasulullah kisah yang indah dalam surah Yusuf ini, sedangkan nabi tidak tahu langsung
akan peristiwa ini. Nabi Yusuf pernah bermimpi yang sebelas bintang, matahari
dan bulan tunduk kepadanya, yang sebenarnya bermaksud 11 adik beradik dan kedua
ibu bapanya. Nabi Ya’kub yang memahami maksud mimpi Nabi Yusuf itu, segera
mengarahkan Nabi Yusuf mendiamkan hal itu dari adik beradiknya, bimbang mereka
berdengki kerana itu adalah tanda kenabian.
Sunday, June 28, 2015
Tadabbur Ringkas Quran 27 : Bacaan Tiga Minit
8:28 PM
No comments
Benar,
saudara mereka berlainan ibu, menaruh rasa dengki terhadap Nabi Yusuf dan
adiknya Bunyamin dan menuduh Nabi Ya’kub tidak adil. Maka dirancang pembunuhan
keatas Nabi Yusuf, tetapi salah seorang dari mereka mencadangkan hanya dibuang
dalam perigi.Maka dipujuk Nabi Ya’kub agar dibenarkan mereka membawa Yusuf
keluar bermain. Nabi Ya’kub mengelak tetapi akhirnya mereka berjaya memujuk
Nabi Ya’kub. Mereka kemudiannya membuang Nabi Yusuf ke dalam perigi dan pulang
dengan berpura-pura sedih. Mereka mengatakan bahawa Nabi Yusuf mati dimakan
serigala sedangkan Nabi Ya’kub tahu mereka menipu. Dan dia hanya berserah
kepada Allah dengan bersabar atas kejadian yang menimpa.
Sementara
itu, Nabi Yusuf yang ada di dalam telaga itu kemudiannya dapat naik ke
permukaan setelah bergayut dengan tali timb yang digunakan oleh pedagang untuk
mengangkat air. Saudara Nabi Yusuf kemudiannya datang dan menjual Nabi Yusuf
kepada pedagang tersebut dengan harga yang murah sahaja. Kemudian dia dijual di
mesir. Tetapi Nabi Yusuf diselamatkan oleh Allah dengan menjadikan tuannya
kasih kepadanya dan memberikan layanan yang baik kepadanya. Bahkan Allah
mengajarkannya pual dengan ilmu mentakwil mimpi. Nabi Yusuf juga dikurniakan
kecerdikan dan ilmu oleh Allah apabila meningkat dewasa.
Ketika
ini isteri tuannya, (Zulaikha) berusaha memujuknya untuk berzina, tetapi
ditolak oleh Nabi Yusuf dan berdoa agar Allah menyelamatkannya dari perbuatan
keji itu kerana dia takutkan Allah. Dan Allah menyelamatkanNabi yusuf dari zina
itu. Dan ketika Nabi Yusuf berlari ke pintu untuk keluar, Zulaikha menarik
bajunya dan ketika itu muncul lah suaminya, lantas Zulaikha segera membuat
fitnah, menuduh Nabi Yusuf cuba berbuat jahat kepadanya. Dan Nabi Yusuf
memeprtahankan dirinya. Lalu diberi pendapat oleh saudara Zulaikha yang ada
bersama, supaya memeriksa baju kedua-duanya. Baju yang koyak di depan
menandakan Nabi Yusuf berbohong dan jika koyak di belakang, Zulaikhalah yang
berbohong. Apabila mendapati baju Nabi Yusuf koyak di belakang, maka suami
Zulaikha menyuruh Zulaikha bertaubat kerana jelas dia bersalah.
Tersebar
berita itu, maka wanita-wanita Mesir mengutuk Zulaikha sebagai perempuan yang
keji. Namun bagi membalas kejian mereka itu, Zulaikha membuat satu rancangan
dengan menjemput mereka ke majlisnya. Dalam majlisnya dia memberikan pisau
kepada semua tetamunya. Dan ketika mereka sedang menggunakan pisau bagi
memotong makanan, Zulaikhapun menyuruh Nabi Yusuf keluar ke ruang tamu. Maka
tercenganglah tetamu-tetamu wanita itu dan tanpa sedar telah memotong tangan
mereka dengan pisau itu. Zulaikha telah berjaya menunjukkan bahawa sememangnya
Nabi Yusuf sangat tampan dan pastinya ramai yang terrgoda, bukan dia sahaja.
Nabi
Yusuf memohon kepada Allah utnuk dia dipenjarakan bagi menyelamatkan diri dari
fitnah dan diperkenankan Allah. Di dalam penjara Nabi Yusuf bertemu dengan dua
orang khadam raja. Mereka bermimpi dan meminta ditafsirkan mimpi mereka kerana
melihat Nabi Yusuf sebagai orang yang mulia. Walaupun di dalam penjara. Nabi
Yusuf masih berdakwah supaya manusia menyembah Allah yang esa. Dan dia
menafsirkan mimpi itu, salah seorang daripada khadam itu akan mati dihukum
bunuh. Apabila khadam yang terselamat itu keluar, Nabi Yusuf meminta dia
memberitahu kepada raja berkenaan dirinya di dalam penjara itu, tetapi khadam
itu telah dilupakan oleh syaitan, maka tinggal Nabi Yusuf dalam penjara selama
beberapa tahun lagi.
Beberapa
tahun kemudian, raja bermimpi akan tujuh ekor lembu kurus memakan tujuh ekor
lembu yang gemuk, dan tujuh tangkai hijau serta tujuh yang kering. Tiada
seorangpun yang tahu maksud mimpi itu. Khadam yang terselamat itu lantas
teringatkan Nabi Yusuf dan segera menemuinya untuk meminta Nabi Yusuf menafsir
mimpi itu. Setelah diterangkan bahawa rakyat Mesir disuruh bertanam selama
tujuh tahun dan menyimpan hasilnya kerana Mesir akan mengalami musim kemarau
selama tujuh tahun`selepas tujuh tahun menanam itu. Kemudiannya baharulah akan
datang subur. Maka segeralah raja memerintahkan agar Nabi Yusuf dibawa
mengadapnya dan menyiasat kembali apakah punca dia dipenjara.
Setelah
dipanggil semua saksi-saksi, maka mengakulah wanita-wanita itu termasuk
Zulaikha yang merekalah yang sebenarnya memerangkap Nabi Yusuf dan mengaku
bahawa Nabi Yusuf adalah seorang yang berakhlak mulia. Zulaikha mengaku akan
keterlanjurannya tetapi mempertahankan bahawa dia tidak melakukan zina Cuma
terpedaya dengan syaitan dan cuba mengajak Nabi Yusuf berzina. Dengan pengakuan
itu, maka bersihlah Nabi Yusuf dari segala tuduhan jahat keatasnya. Dan paling
penting dia mahu suami Zulaikha mengetahui bahawa dia tidak berzina dengan
isteri tuannya itu. Tamat Juzuk 12. Wallahua’lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment