Surah Hud- Diturunkan di Mekah mengandungi 123 ayat.
Dinamakan Hud bersempena peristiwa berkaitan Nabi Hud dalam ayat 50-60.
Al-Quran ialah kitab sebuah kitab yang tersusun dengan
ayat-ayat yang teguh dan dijelaskan maksudnya satu persatu dari Allah yang Maha
Bijaksana. Ianya tidak akan berubah dan tidak akan dapat diubah maksudnya oleh
sesiapapun. Dalam al-Quran dihuraikan kisah para nabi, iktiqad, hukum, nasihat
dan banyak lagi. Ini adalah untuk memberikan kekuatan kepada manusia agar tidak
menyembaha sesuatu yang lain daripada Allah. Dan rasul adalah pembawa berita
azab bagi yang ingkar dan berita gembira bagi yang taat dan beriman. Kepada
manusia yang kufur, hendaklah mereka bertaubat daripada kesyirikan, kembali
mentaati suruhan Allah supaya Allah memberikan kenikmatan kepada mereka. Jika
mereka ingkar, maka azab siksa menanti mereka. Segala yang ada di dalam hati
mereka walau mereka mahu menyembunyikannya, Allah tetap mengetahuinya. (Tamat
Juzuk 11)
(Juzuk 12) Segala rezeki makhluk Allah, ada tersimpan di
dalam Lauh Mahfudz.Dijadikan langit dan bumi dalam masa enam hari, adalah untuk
menguji manusia, siapakah yang lebih baik amalannya. Tetapi bagi orang kafir,
ianya semata-mata sihir. Jika azab tidak datang segera, mereka mengejek-ngejek
apa yang menghalang azab itu untuk datang. Tetapi jika azab itu datang, maka
tiadalah yang dapat menghalangnya.
Sikap manusia selalu tidak tahu bersyukur. Jika diuji dengan
kesusahan, maka mereka meratapinya seperti mereka tidak pernah mendapat nikmat.
Apabila mendapat semula nikmat, maka mereka bermegah-megah dan lupa untuk
bersyukur kepada Allah. Kecuali sebahagian kecil yang tetap teguh dengan
menyembah Allah walau dalam keadaan susah atau senang, hati mereka tetap dengan
Allah. Merka pastinya beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Rasul diwajibkan menyampaikan wahyu dari Allah kepada manusia
dan tidak boleh melayan orang-orang yang ingkar itu. Ada sebahagian mereka
bertanya, kenapa nabi tidak datang dengan harta yang banyak? Atau dengan
malaikat? zSedang nabi hanyalah penyampai seruan Allah. Kemudian dituduh pula
nabi sebagai yang mereka cipta al-Quran, sedangkan mereka tidak mampu membuat
surah-surah sebanding al-Quran walaupun dikerah seluruh manusia. Sepatutnya
mereka segera beriman setelah gagal mengemukakan surah sebanding al-Quran.
Barangsiapa yang mencari dunia tanpa menjadikan al-Quran sebagai pedoman halal
haramnya, mereka akan mendapat bahagian dunia mereka. Tetapi tiadalah bahagian
mereka di akhirat nanti kecuali azab neraka. Dan tidaklah sama mereka dengan
golongan yang menjadikan al-Quran sebagai saksi dan petunjuk dalam hidup
mereka. Maka janganlah ragu-ragu dengan al-Quran kerana ianya benar dari Allah
tetapi ramai manusia yang mendustakannya.
Golongan yang berdusta atas agama Allah akan mendapati
saksi-saksi dari kalangan malaikat, nabi-nabi dan anggota badan mereka sendiri
akan memberikan keterangan tentang kezalimannya. Mereka juga ketika di dunia
menghalang orang lain dari membuat kebaikan. Mereka tidak dapat melawan kuasa
Allah dan tiada yang dapat membantunya kerana kebenciannya kepada jalan agama
Allah yang teramat sangat ketika hidup dahulu. Rugilah mereka itu. Manakala
orang beriman adalah golongan yang beruntung di akhirat, tinggal kekal di
syurga. Bandingan mereka seperti orang pekak dan buta dengan orang celik dan
mendengar.
Nabi Nuh diutuskan kepada kaumnya untuk berdakwah supaya jang
menyembah selain dari Allah. Tetapi telah menjadi sunnatullah, para nabi dan
rasul, mereka sentiasa disokong oleh golongan miskin, lemah dan tertindas. Jadi
pembesar di negri nabi Nuh menolak dakwah nabi Nuh dan menganggap beliau
seorang pendusta kerana penyokong nabi Nuh terdiri dari kalangan mereka yang
lemah. Namun nabi Nuh bukan mahukan harta mereka, tetapi hanya menyuruh mereka
kembali kepada Allah. Dia juga tidak datang dengan membawa kekayaan. Oleh itu
pembesar-pembesar itu meminta azab dari nabi Nuh untuk membktikan kebenarannya.
Mereka meneruskan penghinaan kepada nabi Nuh dengan menggelarkannya sebagai pendusta
dengan menggunakan gelaran nabi. Dan Allah memerintahkan nabi Nuh membuat
sebuah bahtera dengan panduan Allah dan berjanji akan menenggelamkan kaum yang
zalim itu.
Walaupun diejek, nabi Nuh tetap dengan kerjanya membina
bahtera. Apabila tiba masa taufan datang, nabi Nuh diperintahkan agar membawa
masuk sepasang binatang untuk tiap-tiap jenis, ahli keluarganya yang taat serta
orang-orang beriman. Mereka naik dengan menyebut nama Allah. Pun begitu, ketika
melihat anaknya yang berada di luar bahtera, belau memanggilnya tetapi anaknya
tetap degil kerana kufur dan diapun mati dalam keadaan derjaka ditelan air.
Setala binasa semuanya, maka air diperintahkan Allah supaya berhenti dan
bahtera itupun berhenti di atas Gunung Judiy.
Maka binasalah kaum kafir itu, termasuklah anak nabi Nuh
sendiri. Dengan sedih dia masih merayu kepada Allah, tetapi ditegaskan Allah
anaknya itu bukan lagi dari kalangan keluarganya kerana kekufurannya telah
memisahkan nabi Nuh dengan anaknya dan memerintahkan agar nabi Nuh tidak lagi memohon
sesuatu yang dia tidak ketahui. Setelah selesai, mereka diperintahkan agar
turun dari bahtera dan menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi dengan diberi
ingatan oleh Allah bahawa akan terjadi juga dari kalangan ank cucu mereka yang
kufur dan akan mendapat azab Allah. Wallahua’lam
0 comments:
Post a Comment