Ketika
hari kiamat, penyembah-penyembah patung akan dikumpulkan dan segala
patung-patung itu berkata sebagai melepaskan diri, yang kaum musyrik sembah
itu, tidak lain hanyalah hawa nafsu mereka sendiri dan Allah sebagai saksi
mereka. Dengan itu, hilanglah perkara rekaan mereka ketika hidup dulu. Kaum
musyrik ketika di dunia, apabila ditanya siapakah yang menjadikan alam ini,
mengaturnya, menghidup dan mematikan makhluk, pasti akan menjawab: Allah lah
yang menguasai segalanya. Jadi apa sebabnya mereka tidak mahu bertaqwa? Dan
apabila ditanya pula makhluk-makhluk yang mereka sekutukan itu mampu berbuat
seperti Allah, mereka mengaku tidak. Dan mereka juga mengakau Allah yang meberi
hidayah. Jadi mengapa mereka berpaling daripada pemberi hidayah? Bukan itu
semua perbuatan yang tidak dapat diterima akal?
Tuesday, June 23, 2015
Tadabbur Ringkas Quran 24 : Bacaan Tiga Minit
8:13 AM
No comments
Sebenarnya,
kaum musyrik ini menurut sangkaan sahaja, tanpa dalil. Maka al-Quran dan
kitab-kitab terdahulu adalah pembawa dalil-dalil keterangan dan tidak ada syak
ianya datang dari Allah. Namun tetap orang kafir mengatakan Quran itu rekaan
Muhammad. Dan apabila dicabar untuk membawakan surah yang sebanding dengan
al-Quran, mereka gagal walaupun dibantu oleh semua pihak. Dan orang yang
mendustakan kitab-kitab Allah akan mendapat balasan pedih dari Allah. Oleh itu
Allah menyuruh nabi agar berlepas diri dari orang-orang yang zalim ini kerana
mereka ibarat orang yang pekak, buta datang mendengar ilmu dari rasulullah
tetapi kesalahan juga yang dicari. Hanya Allah pemberi hidayah. Mereka
sebenarnya menganiaya diri sendiri.
Hidup
ini sangatlah singkat dan amat rugilah orang-orang yang mendustakan Allah.
Diutuskan nabi dan rasul kepada semua umat untuk memberikan hukum-hakam dari
Allah supaya manusia tidak teraniaya. Tetapi manusia tetap memperolok-olokkan
para nabi dan rasul itu dengan bertanyakan bila datangnya azab Allah itu?
Sedangkan nabi tidak berkuasa memberi manafaat dan mudharat kepada manusia dan
hanya menunggu saat ketentuan Allah sahaja untuk berlaku, tidak lewat ataupun
cepat. Tetapi adakah mereka bersedia untuk keluar dari azab jika azab itu
benar-benar datang? Dan jika mereka insaf ketika azab itu datang, ianya sudah
tidak berguna lagi. Malah jika mereka mengorbankan segala harat mereka untuk
menghilangkan azab itu, ianya sia-sia sahaja. Dan Allah tidak menganiaya mereka
sedikitpun kerana telah mengutuskan nabi dan rasul kepada mereka.
Bumi
ini milik Allah, Dia yang menghidup dan mematikan makhluk, jadi ingatlah. Dia
juga menurunkan Quran sebagai nasihat, pengajaran, penawar penyakit batin, juga
menjadi hidayah dan rahmat kepada orang-orang beriman. Al-Quran adalah jauh
lebih baik dari himpunan segala benda yang tidak kekal.Namun al-Quran telah
dijadikan manusia sebagai barang untuk didustakan. Apabila ada hokum yang
ditetapkan oleh al-Quran, mereka melanggarnya menunjukkan yang mereka itu tidak
tahu bersyukur dengan limpah rahmat dari al-Quran. Segala perbuatan kita samada
kecil mahupun besar, akan dicatat oleh malaikat. Oleh itu bagi wali-wali Allah,
mereka tidak merasa sedih kerana keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah.
Mereka gembira menanti janji-janji Allah. Bagi golongan yang ingkar itu, tidak
perlulah disusahkan kerana Allah maha mengetahui. Penyekutu Allah ialah
golongan yang menurut sangkaan sahaja dan pendusta.
Allah
tidak mempunyai anak, sebagaimana dakwaan jahat yang dikatakan oleh kaum kafir.
Dan mereka pasti gagal. Jika senang, hanya sementara di dunia sahaja. Akhirat
nanti azab yang menanti mereka. Kisah nabi Nuh dinyatakan dalam ayat ke -71 sebagai
pengajaran kepada kita iaitu perihal kaumnya yang menolak dan merancang
kejahatan ke atasnya. Pesan nabi Nuh, jika kamunya berpaling, tiada yang
merugikannya, dia tidak meminta upah kerana upahnya ada di sisi Allah. Tetapi
apabila kejahatan ke atas nabi Nuh semakin menggila, maka Allah selamatkan nabi
Nuh berserta pengikutnya dari banjir besar. Demikian juga dengan rasul-rasul
selepas nabi Nuh, mereka didustakan oleh kamu mereka seperti Fir’aun yang
menentang nabi Musa dan Harun. Apabila dibawakan mukjizat, dikatakan sihir dan
menuduh nabi Musa datang untuk membolot kekayaan Mesir dari tangan mereka.
Apabila nabi Musa menang melawan ahli sihirnya, Fir’aun tetap kufur. Pun
begitu, kalimah Allah tetap terpelihara walaupun dibenci oleh ahli maksiat.
Penyokong kebenaran hanyalah sedikit bagi melawan kejahatan Fir’aun. Tetapi
mereka diberikan berita gembaira yang mereka akan terselamat daripada kejahatan
Fir’aun. Allah pula memaqbulkan permintaan nabi Musa agar dimusnahkan harta
benda Fir’aun. Apabila dibawa Bani Israel menyeberang Laut Merah, Fir’aun telah
ditenggelamkan di dalamnya. Ketika itu Fir’aun berkata beliau beriman kepada
Allah, namun taubatnya itu tidak lagi diterima Allah. Manakala jasadnya
ditimbulkan Allah supaya menjadi iktibar kepada generasi selepasnya untuk
mengambil pengajaran.
Bani
Israel dikurniakan kitab yang menerangkan akan kedatangan nabi yang terakhir
iaitu nabi Muhammad saw. Oleh itu mereka sebenarnya mengetahui banyak perkara
tetapi mereka tetap mendustakan walaupun sudah mendapat kebenaran melalui
kitab-kitab mereka itu. Maka rasulullah diberi ingatan oleh Allah agar tidak
menjadi dari kalangan orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan ragu-ragu.
Orang yang tidak beriman tetap mendustakan ayat Allah sehingga mereka melihat
azab. Oleh itu iisah Fir’aun mesti dijadikan sempadan supaya beriman kepada
Allah sebelum datangnya azab sebagaimana terselamatnya kaum nabi Yunus yang
bertaubat sebelum ditimpa azab oleh Allah. Maka Allah telah mengurniakan
kenikmatan dan menjauhkan kehinaan kerana taubat mereka itu diterima Allah.
Rasulullah
tidak bertanggungjawab menjadikan semua manusia beriman. Ianya terserah kepada
Allah. Jadi tidak perlu bersusah hati dan bersedih, kerana rasul hanya
menyampaikan sahaja. Bagi orang yang kufur, walau apapun yang dibuktikan dari
kekuasaan Allah, mereka tetap tidak mendapat faedah darinya. Mereka ini
sebenarnya hanya menunggu azab Allah sahaja. Dan apabila azab itu datang, Allah
akan menyelamatkan orang-orang yang beriman. Tiada syak lagi dalam agama Islam kerana
yang disembah ialah Allah iaitu dzat yang menghidup dan mematikan manusia.
Bukan seperti patung-patung yang tidak bernyawa itu. Sesekali rasulullah bukan
dari kalangan musyrik yang menzalimi diri sendiri dengan menyembah sesuatu yang
tiada member manafaat dan mudharat.
Apa
yang datang samada bahaya atau kebaikan, tiada suatupun yang dapat
mengangkatnya kecuali dengan izin Allah. Kebenaran al-Quran yang diturunkan
oleh Allah adalah sebagai hidayah kepada diri manusia itu sendiri. Dan jika
mereka berpaling, maka merekalah yang sesat dan nabi bukan wakil yang mengurus
iman manusia. Maka bersabarlah dalam berjuang sehingga datangnya keputusan
Allah membezakan antara hak dan batil iaitu kemenangan yang dijanjikan. Tamat
Surah Yunus. Wallahua’lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment