Bismillah
Dinyatakan
didalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At Tabarani daripada Abi Bakrah
maksudnya, “Jadilah kamu seorang yang alim, atau yang suka belajar, atau yang
suka mendengar (ilmu-ilmu agama), atau menjadi golongan yang cinta kepada tiga
golongan di atas, tetapi jangan kamu jadi golongan kelima”. Begitulah antara
penghargaan yang telah dinukilkan oleh Islam kepada guru iaitu orang yang
berilmu yang memberikan tunjuk ajar kepada manusia sejagat agar dapat keluar
daripada kepompong kejahilan adalah dalam kelas pertama.
Dahulu,
pemimpin masyarakat atau orang yang bertanggungjawab menyedarkan masyarakat
dengan ilmu dan mengetahui akan tipu helah penjajah, ramai daripada mereka
adalah dari kalangan guru dan ustaz. Tugas dan tanggungjawab mereka berat,
tetapi dilakukan dengan penuh tanggungjawab demi mendidik anak bangsa agar
berilmu. Tiada kekayaan yang dikejar, ikhlas kerana Allah, sanggup berhabis
duit demi anak murid itu adalah ciri-ciri guru yang berkhidmat pada ketika itu.
Islam
memandang kerjaya guru ini adalah satu bentuk kerjaya yang sangat mulia. Namun
mutakahir ini, peranan pendidik dilihat terlalu ditekan oleh pemerintah dengan bebanan
kerja yang kian meningkat. Ditambah dengan apa yang dipanggil Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) sistem ini dilihat sebagai beban tambahan yang tidak
perlu yang telah diletakkan ke atas bahu para pendidik.
PAS
memandang hal ini sebagai satu pemerasan ke atas golongan pendidik, dan percaya
sebarang bebanan yang tidak perlu, yang akan menghasilkan lebih tekanan hidup.
Perkara ini mesti dibuang bukan sahaja bagi meletakkan sistem pendidikan kita
kembali gemilang tetapi memberikan lebih ruang bagi guru itu sendiri membina
kualiti dalam hidup mereka dan keluarga mereka. Itu belum dikira tekanan politik
yang mana dalam banyak kes guru yang berkeluarga dipisahkan dari keluarga
mereka hanya kerana memilih ideologi yang berlainan daripada ideologi kerajaan
memerintah, sekaligus menambahkan lagi tekanan hidup mereka.
PAS juga percaya bahawa sistem pendidikan bukanlah satu alat ujikaji semborono yang mana guru dan pelajar menjadi bahan ujikaji. Sebagai
mana kata-kata dari Profesor DiRaja Engku Aziz, kalau tidak kerana
tangan-tangan gatal yang mengganggu system pendidikan kita, maka ia tidak akan
menjadi caca marba. Ini terbukti apabila pada tahun 2012, dalam Dalam Program
Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2012, Malaysia berada pada kedudukan
kedua tercorot di kalangan negara Asia Tenggara di belakang Singapura, Thailand
dan Vietnam.
Oleh
itu PAS percaya kekuatan mental guru akan terjejas kerana bebanan yang tidak
perlu, sekaligus akan melemahkan prestasi mereka kerana tekanan kerja dan
pastilah yang menjadi mangsa keadaan ialah anak-anak kita. Dan ini perlu kita
hapuskan demi untuk kesejahteraan guru kerana mereka adalah Pencetus
Kreativiti, Penjana Inovasi
Terima
kasih cikgu, jasamu ku kenang keakhir hayat……
YB
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua
Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
16
Rejab 1435 bersamaan 16 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment