Mohamad (kiri) bersama dengan sebahagian penduduk Kampung Alor Parit memberikan isyarat bagus tanda kepuasan di tepi jalan yang mereka bina hasil gotong royong
Walaupun tiada peruntukan yang
diberikan kepada penduduk di Kampung Alor Parit bagi membina jalan, namun
dengan kerjasama seramai kira-kira 30 orang penduduk setempat, maka sebatang
jalan sepanjang kira-kira 400 meter berjaya disiapkan.
Menurut Mohamad Ismail, orang
yang mengetuai rancangan ini, jalan tersebut dibina demi kerana memudahkan
pelbagai pihak berulang alik ke hujung kampung Alor Parit yang mempunyai banyak
tanaman di situ.
Tambah beliau lagi, jalan ini
juga akan menyenangkan penduduk yang tinggal di hujung kampung untuk terus ke
jalan utama Tok Dir dan Undang dan juga memudahkan kerja-kerja pembinaan rumah
yang sedang dibina di kawasan itu.
Sebelum adanya jalan ini,
penduduk terpaksa melalui jalan kampung yang ada yang sedikit jauh dan
kehadiran lori-lori bagi pembinaan rumah yang melalui jalan itu, memberikan
sedikit gangguan kepada penduduk.
Jalan yang dibina itu adalah di
atas tanah-tanah sawah penduduk kampung yang dengan sukarela menyerahkannya
bagi tujuan membina jalan ini.
Ditanya kenapakah tidak memohon
peruntukan dari JKKK dari kampung tersebut, beliau menjawab, peruntukan sudah
dimohon tetapi setelah dua tahun, tiada peruntukan yang diberikan oleh pihak
berkenaan.
“Doh (sudah) mitok (minta) pah
(lepas) setahun, setahun.
Tanah orang (kampung) beri belaka
doh, saya tadbir belaka, makna mitok stamet (peruntukan) je,” kata beliau.
Beliau berpendapat JKKK gagal
memainkan peranannya dengan menyukarkan proses permohonan peruntukan jalan ini
dengan pelbagai alasan.
Bertolak dari itu, beliau
memutuskan jalan tersebut hanya boleh disegerakan dengan cara gotong royong
kerana tiada kerjasama yang baik dengan JKKK dan agensi kerajaan yang lain dalam
hal pembinaan jalan ini.
Kira-kira RM6000 telah dibelanjakan
bagi membina jalan yang masih belum
ditar ini dan ianya berjaya disiapkan dalam masa sehari sahaja.
Menurut Mohamad, jalan ini sudah
lama disiapkan tetapi baharu dirasmikan oleh Wakil Rakyat Dun Bukit Payong,
Ustaz Mohd Nor Hamzah.
0 comments:
Post a Comment