PAS sentiasa terbuka dalam
menerima sesiapa sahaja sebagai sahabat, tanpa mengira latar belakang mereka
asalkan mereka sanggup memberi ruang ataupun kerjasama kepada penyebaran dan
perkembangan Islam.
Demikian yang dinyatakan oleh
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam ketika menerima
kunjungan muhibbah wakil NGO Haji Kamarudin Abdullah di rumahnya semalam.
Beliau memberi contoh tahaluf
siyasi yang diadakan PAS dengan DAP, yang mana kesannya sangat positif apabila
mereka mula membaca buku-buku Islam bagi menambah lagi pengetahuan mereka
berkaitan Islam.
Keterbukaan PAS ini adalah salah
satu daripada ramuan kejayaan mereka dalam mendepani halangan-halangan politik
semasa iaitu saling lengkap melengkapi keperluan diantara masyarakat majmuk di
Malaysia.
“Kita bersama bergerak membuang
halangan yang ada untuk kelangsungan Islam.
Sehingga ada sesetengah orang
kristian masuk Islam kerana surah at-Tiin yang mana permulaan ayat surah itu
menyebut demi buah tiin, demi buah zaitun dan demi bukit Sinai dan demi tanah
(Mekah) yang aman ini.
Mereka mendapati penyebutan buah
tiin dan zaitun itu merujuk kepada tempat lahir nabi Isa a.s yang sememangnya
subur dengan buah tiin dan zaitun, Bukit Tursina bagi nabi Musa dan tanah yang
aman ialah Mekah.
Oleh kerana merasakan adanya
hubungan ini maka ada orang kristian masuk Islam,” terang beliau.
Tambah beliau lagi, bangsa arab
adalah bangsa yang paling keras jiwa mereka tetapi akhirnya tunduk kepada Islam
melalui rasulullah, menunjukkan dengan kaedah dakwah yang berkesan akan membawa
kejayaan.
Beliau menyarankan agar
pendakwah-pendakwah memberikan kefahaman dan penerangan kepada sasaran dakwah
mereka dengan fakta, hujah dan dialog dan bukannya menyerang serta bergerak
dalam organisasi yang tersusun.
Maka tiada sebab sasaran dakwah
itu akan menolak Islam selepas mereka difahamkan dengan fakta-fakta yang jelas
tentang kebenaran islam.
Presiden NGO Islamic Propagation
Society International (IPSI) Haji Kamarudin Abdullah yang diraikan sebagai
tetamu Presiden PAS itu, melahirkan rasa gembiranya dengan kesanggupan
kerjasama dari pihak PAS.
Beliau yang datang bagi
mengadakan program penerangan berkenaan berdakwah kepada bukan Islam di sekitar
Marang berkata banyak kelemahan yang beliau perhatikan dalam cara berdakwah
kepada bukan Islam.
Beliau menyarankan agar para
pendakwah membuang pemikiran sempit seperti menekankan bangsa, puak, parti
dalam menyampaikan dakwah.
Kefahaman yang lemah dalam ilmu
Islam juga memberikan kesan yang besar kepada cara berdakwah dan kadangkala
menjadikan Islam itu lebih buruk pada pandangan bukan Islam.
“Kelemahan sebahagian pendakwah
ialah tidak faham sepenuhnya berkenaan Islam.
Pendakwah mesti meningkatkan ilmu
mereka dari semasa ke semasa dan kemantapan kefahaman kepada sesuatu perkara
mesti diasah agar dapat salah faham dapat dielakkan,” tegas beliau.
IPSI ialah satu pertubuhan bukan
kerajaan yang melakukan dakwah kepada bukan Islam dengan aktif disemua
peringkat yang berpusat di Pulau Pinang dimana mereka adalah satu-satunya
pertubuhan dakwah yang mempunyai bangunan sendiri.
0 comments:
Post a Comment