(Jabatan Amal adalah ikon PAS dalam melaksanakan kerja sukarela tanpa mengira masa dan tempat)
Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit
Payong mengambil langkah proaktif bagi mendepani cabaran pilihanraya umum ke-14
dengan mengadakan program audit cawangan-cawangan PAS yang berada dalam Dun
Bukit Payong.
Program audit ini menunjukkan
kesungguhan PAS Dun Bukit Payong untuk mengekalkan malah meraih lebih banyak
sokongan daripada masyarakat dalam membawa Terengganu ke arah memartabatkan pemerintahan
Islam.
Dalam program audit itu, MTD mahu
melihat sejauh manakah tindakan-tindakan tahun 2014 yang telah berjaya
dilakukan dan juga yang gagal serta keperluan bedah siasat keatasnya termasuk
juga perancangan tahun 2015.
Program dibawah Lajnah
Pemerkasaan Parti Dun itu turut menekankan pencapaian sasaran daftar pemilih
terutamanya anak-anak ahli PAS, tabung kewangan dan penerangan isu-isu oleh
cawangan-cawangan.
Pengarah MTD, YB Ustaz Mohd Nor
Hamzah menyeru agar cawangan-cawangan lebih proaktif terutama dalam kerja
kebajikan bagi memperlihatkan keindahan Islam iaitu sentiasa mengutamakan
kebajikan.
Sikap ini juga sekaligus menunjukkan
kesungguhan PAS sebagai sebuah kerajaan menanti dengan tidak mengharapkan
bantuan kerajaan semata-mata yang akhirnya menaikkan imej PAS itu sendiri dan
juga Islam.
Akan tetapi lebih dari itu, sikap
membantu ini pastinya akan mendapat pahala dari Allah, membezakan PAS dari
kumpulan lain yang tidak mengambil dosa pahala sebagai matlamat perjuangan
mereka.
“Saya harap semua cawangan
mengambil sikap proaktif dengan melakukan kerja-kerja kebajikan secara
berterusan dan tidak hanya ketika musim PRU sahaja.
Kita sebagai jemaah Islam
sepatutnya merasa senang dengan kerja-kerja begini sebab kita pasti akan dapat
pahala, berbeza dengan kumpulan lain.
Jangan harap sangat kerajaan,
buat dahulu apa yang kita mampu, nanti masyarakat akan melihat kekuatan kita,
kesungguhan kita sebagai jemaah Islam menjadi kerajaan menanti,” ujar beliau.
Justeru itu, tambah beliau lagi,
semangat ahli-ahli cawangan perlu dinaikkan bagi memulakan gerak kerja bermula
sekarang.
Bagi beliau yang juga Adun Bukit
Payong, biar masyarkat menyokong PAS bukan kerana beliau atau sesiapa tetapi
kerana PAS itu ialah PAS, iaitu jemaah Islam tulen yang mempunyai akhlak yang
baik yang dizahirkan oleh ahli-ahlinya.
0 comments:
Post a Comment