Perbicaraan kes saman melibatkan
Presden PAS berkaitan isu pil kuda oleh bekas calon PKR di Dun Bukit Besi Mohd
Shamsul Mat Amin, hari ini menyaksikan kehadiran buat pertama kalinya wakil dari akhbar Kosmo
yang gagal hadir sebelum ini.
Lokman Riduan Mohd Nor hadir
sebagai wakil Kosmo dan sekaligus bertindak sebagai saksi plaintif setelah
sebelum ini dua kali tidak hadir sehinggakan hakim telah mengeluarkan waran.
Prosiding menyoal saksi yang
berlangsung kira-kira 10 minit
melibatkan Lokman dan kedua-dua peguam plaintif dan defendan itu,
berjalan dalam keadaan lancer dan tenang.
Mahkamah penuh sesak dengan
kehadiran hampir keseluruhannya penyokong Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
dan turut kelihatan hadir bagi mendengar prosiding ialah Shamsul dan beberapa
orang penyokongnya.
Berikut adalah transkrip soal
jawab diantara Lokman dan peguam-peguam terlibat:
Setelah mengangkat sumpah
memberikan keterangan, Lokman ditanya oleh peguam plaintif (PP) dan peguam defendan
(PD).
PP: Boleh bagitahu jawatan?
Lokman : Saya adalah wartawan
Kosmo di Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur.
PP: Mohon saudara Lokman
mengesahkan keratan akhbar Kosmo bertarikh 23 April 2013.
Lokman : Ya.
PP: Tiada soalan lain Yang Arif.
Soalan dari pihak defendan yang
dilakukan oleh Haji Asmuni Awi kepada saksi dari Kosmo.
PD : Siapakah pemberita yang
hadir pada malam tersebut?
Lokman : Tak faham.
PD : Adakah saudara Lokman
sendiri yang hadir?
Lokman : Tidak.
PD : Siapakah pemberita Kosmo
yang hadir?
Lokman : Saya tidak tahu.
PD : Setuju saya katakana
wartawan Kosmo tidak hadir pada malam itu?
Lokman : Saya tidak pasti.
PD : Setuju sebenarnya Kosmo sedut berita ini
dari sumber lain dan letakkan dalam akhbar?
Lokman : Saya setuju.
PD : Dari sumber mana?
Lokman : Ia diambil dari berita agensi Bernama dan rakaman
ceramah yang ditonton oleh pemberita.
PD : Boleh namakan wartawan yang menonton video itu?
Lokman : Ikhwan Azwa Hamidun.
PD : Ada dia hadir?
Lokman : Tiada.
PD : Siapa Ikhwan itu?
Lokman : Ketika itu dia wartawan Kosmo di Kuala Lumpur.
PD : Sekarang dia berada di mana?
Lokman : Telah berhenti kerja.
PD : Boleh sahkan bahawa beliau yang buat berita itu?
Lokman : Kami berdua tidak buat berita itu.
PD : Siapa?
Lokman : Saya dan Ikhwan.
PD : Siapa yang mengarang berita ini?
Lokman : Muka hadapan biasanya pengarang yang bertugas.
PD : Siapa?
Lokman : Saya tidak ingat.
PD : Setuju kehadiran Lokman untuk sahkan berita ini
disiarkan oleh Kosmo?
Lokman : Saya setuju.
Mahkamah kemudiannya meneruskan prosiding dengan hujahan
oleh kedua-dua belah pihak.
Hakim Yang Arif Dato’ Mohd. Yazid Mustafa kemudiannya
menangguhkan perbicaraan sehingga 15 Disember ini bagi membuat keputusan untuk
kes ini.
0 comments:
Post a Comment