Wakil Rakyat Bukit Payong YB
Ustaz Mohd Nor Hamzah hari ini membangkitkan masalah banjir yang kelihatannya
tidak berkesudahan apabila setelah beberapa kali diajukan masalah tersebut
dalam Sidang Dun yang lalu.
Beliau yang bangkit mengemukakan
masalah tersebut dalam soalan tambahan dari soalan asal berkenaan masalah
penduduk tanah rendah dan di tebing sungai sekitar Setiu oleh wakil Langkap YB
Dato’ Sabri Mohd Nor.
Ustaz Mohd Nor mengambil contoh
jalan utama di simpang empat laluan ke Lebuhraya Pantai Timur di Batu 9, Bukit
Payong yang sentiasa ditenggelami air apabila musim tengkujuh dan telah
berlarutan sehingga beberapa tahun.
Beliau juga ingin mengetahui
siapakah yang bertanggungjawab ke atas laluan tersebut samada JKR ataupun
Lembaga Lebuhraya, juga apakah rancangan segera yang telah atau akan dilakukan
oleh kerajaan.
“Saya melihat berkali-kali saya
sebut dalam sidang dewan, jalan-jalan utama sebagai contohnya di Bukit Payong,
di simpang empat Batu 9 exit (keluar) atau untuk masuk ke lebuhraya, merupakan
satu jalan yang utama.
Tapi setiap kali hujan lebat dan
musim tengkujuh (ia) tenggelam.
Apakah masalah utama sehingga
bertahun-tahun berlakunya masalah di simpang empat itu untuk masuk ke lebuhraya
itu sehingga seolah-olah Lebuhraya (LLM) ke yang bertanggungjawab ataupun JKR
yang bertanggungjawab.
Diwaktu yang sama jalan utama
dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu di Pekan Bukit Payong yang merupakan
jalan utama sehingga seolah-olah tidak ada satu penyelesaian yang paling tepat
dan selesai untuk dilakukan.
Walaupun berlaku (banjir) setiap
kali, apakah perancangan kerajaan yang segera bagi menyelesaikan masalah ini?,”
tanya beliau.
Menjawab soalan tersebut,
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman menjelaskan bahawa kerajaan
sedang dan telah membuat beberapa kajian.
Untuk dua hingga tiga tahun
mendatang katanya, kerajaan akan membina longkang besar, mengenal pasti jalan yang
tersumbat serta yang kurang penyelenggaraan.
0 comments:
Post a Comment