Dek kerana tiada tindakan dari
pihak berkuasa ke atas aduan yang telah dibuat berkenaan longkang tersumbat, maka
beberapa penduduk Kampung Sungai, Atas Tol mengambil inisiatif membersih
longkang beramai-ramai.
Mereka melakukan kerja
pembersihan itu secara bergotong-royong itu kerana aduan yang di buat oleh
Wakil Rakyat Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah kepada pihak berkuasa sejak
hampir sebulan lalu, tidak mendapat respon.
Berkebetulan pula dengan musim
tengkujuh ini, maka kebimbangan mereka air akan bertakung di atas jalan semakin
tinggi, yang mana kemalangan telah banyak terjadi sebelum ini kerana air bertakung
di atas jalan itu.
Langkah proaktif ini mendapat
pujian daripada YB Ustaz Mohd Nor kerana para penduduk begitu serius memikirkan
keselamatan pengguna jalan tersebut dan mendoakan agar sukarelawan ini
dikurniakan pahala oleh Allah.
Beliau juga kesal kerana aduan
daripada seorang wakil rakyat sepertinya tidak diendahkan oleh pihak berkuasa
tempatan, sedangkan perkara itu melibatkan keselamatan rakyat yang menggunakan
jalan itu.
“Beberapa minggu lepas, saya
telah membuat aduan kepada pihak kerajaan untuk selesaikan masalah penduduk di
jalan Kampung Sungai Atas Tol yang sentiasa mengalami banjir.
Tetapi malangnya tiada tindakan
yang diambil oleh pihak yang berkenaan.
Sudah banyak kemalangan berlaku
di jalan ini terutamanya apabila ia dinaiki air,” ujarnya kesal.
Menurut penduduk yang tinggal berhampiran
dengan jalan itu, punca sebenar air bertakung ialah kerana longkang baru yang
dibuat, tidak dapat berfungsi mengalirkan air dengan baik.
Oleh kerana sebelahnya tersumbat,
maka air akan bertakung di kawasan tersumbat itu dan apabila kenderaan datang,
ada yang mengelak air tersebut lalu ada yang bertembung dengan kenderaan dari
arah bertentangan.
Kerja-kerja pembersihan longkang
itu diketuai oleh Ketua Cawangan PAS Atas Tol, Haji Abdul Haris Abdul Malik
dengan disertai seramai lima orang sukarelawan dari cawangan yang sama.
0 comments:
Post a Comment