Kajian yang dikatakan telah
dilakukan sejak dahulu lagi bagi membina sistem peparitan yang sempurna di
belakang kawasan perumahan Taman Mas Bukit Payong hanya tinggal kajian sahaja.
Masakan tidak, apabila datang
musim tengkujuh, cerita yang sama berulang-ulang iaitu Taman Mas, akan dinaiki
air yang menyebabkan sebahagian rumah yang terletak di tanah rendah di situ,
akan dimasuki air.
Menurut seorang penduduk di situ
yang tidak mahu dikenali berkata, longkang yang ada tidak mampu mengalirkan air
dengan cepat dan banyak ditambah lagi katanya, longkang utama yang agak tinggi
yang melambatkan lagi pergerakan air.
Wakil Rakyat Bukit Payong, YB
Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turut berada di Taman Mas berkata kajian tentang
sebab-sebab banjir berlaku, pernah ditanya beliau ketika Sidang Dewan Undangan
Negeri Terengganu.
Tetapi malangnya kajian tinggal
kajian dan tiada kajian yang dibentangkan bagi mencari punca dan
penyelesaiannya setakat dalam pengetahuannya.
“Saya pernah meminta bagi membuat
kajian berkenaan punca banjir sentiasa berlaku dan dibentangkan bagi mencari
penyelesaiannya.
Tetapi sehingga kini, saya masih
belum menerima sebarang pembentangan berkenaan itu, apakah hasil kajian itu.
Saya yakin penduduk Taman Mas ini
memerlukan parit yang besar di belakang taman mereka bagi mengatasi masalah air
naik di kawasan mereka.
Hal ini perlu disegerakan, tidak
sepatutnya mereka menerima lagi nasib yang sama tahun hadapan dengan sebab yang
sama.
Sementara itu, daripada maklumat
yang didapati, masalah pembinaan parit ini telah lama diajukan kepada kepada
kerajaan oleh wakil-wakil rakyat Bukit Payong suatu ketika dahulu.
Tetapi sehingga sekarang, entah
dimana silapnya, perlaksanaannya belum dilakukan, malah status perancangannya
tidak diketahui oleh penduduk Taman Mas itu.
0 comments:
Post a Comment