Bismillah
Saya merujuk kepada berita yang
disiarkan oleh New York Times 19 November 2014 lalu yang secara khusus
membincangkan perihal kepincangan yang berlaku dalam pengurusan kerajaan Negeri
Terengganu dalam hal melombong bijih besi di Bukit Besi Terengganu yang telah
diberikan hak kepada syarikat yang berasal dari China dan berpengkalan di
Pahang CAA Resources. Dalam laporan oleh Keith Bradsher itu, beliau menyentuh
berkenaan isu industri ini bakal dipenuhi dengan pekerja warga asing, cara
mengelak dari dikenakan pemeriksaan kesan ke atas alam sekitar dan dakwaan pembelian
gelaran “Datuk” bagi memudahkan dia mendapatkan sumber asli negeri Terengganu
melalui orang politik dan istana.
Saya menggesa agar dilakukan
siasatan segera ke atas mereka yang terlibat dengan kelulusan perlombongan ini.
Ketika siasatan berjalan, kerajaan juga perlu “merehatkan” sementara orang yang
disiasat agar tidak menggangu siasatan. Dakwaan ini sekiranya benar, maka
ternyata hak rakyat dicabul dengan sebegitu rakus oleh golongan-golongan yang
jahat dan busuk hati. Sepatutnya hak rakyat Terengganu mendapat pekerjaan di
sana dalam peratusan yang besar, wajib dijadikan syarat utama dalam pemberian
kontrak ini kerana ianya adalah hasil negeri Terengganu. Begitu juga dengan
kesan kepada alam sekitar yang kita sedia maklum iaitu sebelum perlombongan ini
dimulakan, balak-balak sudahpun ditebang. Hal alam sekitar ini juga mesti menjadi
syarat utama pemberian hak kepada perlombongan ini. Jika tanah yang kurang dari
500 ekar yang sengaja dibahagi dua, maka ia secara keseluruhannya menjadi 1000
ekar yang mana wajib dia mendapat kelulusan alam sekitar. Ini menunjukkan
mereka dengan mudahnya memperlecehkan undang-undang kita.
Yang terakhir, institusi istana
sekali lagi cuba dicabuli oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab bagi
mencari keuntungan. Dakwaan pembelian sebanyak USD100 ribu bagi mendapat
gelaran Datuk adalah kisah yang sangat jelas ingin mencemarkan nama baik istana.
Saya mendesak SPRM mengadakan sisatan menyeluruh bagi membersihkan nama baik
istana dari fitnah-fitnah yang dilemparkan. Ataupun sekiranya ianya benar-benar
berlaku penjualan gelaran Datuk ini, maka SPRM perlu menangkap
petualang-petualang tersebut tanpa memilih pangkat bagi kita menyelamatkan maruah
institusi istana kita.
Oleh itu jika semua dakwaan NYT
ini adalah benar, maka saya menyeru kepada rakyat Terengganu agar menyedari bahawa
ada makhluk-makhluk bernafsu rakus sedang melahap sumber kekayaan negeri
Terengganu dengan jalan yang salah. Bukit Besi ini hasilnya dahulu kekayaannya diambil
oleh tentera Jepun, kemudiannya British pula membolotnya, hasil dari kelemahan
kita berfikir. Tetapi adakah sekarang kita ingin menyerahkan pula hasilnya
kepada negara China? Apatah lagi dengan cara yang salah? Jika ini terjadi,
ternyata kerajaan BN Terengganu sekarang ini tersangat dungu kerana terbaru
sebelum ini, Terengganu telah dirampas hak royaltinya hasil dari pengkhianatan
Umno Terengganu, kemudian dikatakan Terengganu tidak memiliki hasil petroleum oleh
kumpulan mereka sendiri, menjadikan rakyat Terengganu kedua termiskin sejak
sekian lama dan pimpinan tertinggi kerajaan Terengganu hanya diam seribu
bahasa. Justeru rakyat perlu berperanan agar kerajaan yang bisu ini perlu
diajar.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan BPPNT
29 Muharram 1436 bersamaan 22
November 2014
0 comments:
Post a Comment