HEADER

HEADER

Monday, June 9, 2014

Tangkis pemikiran seleweng Islam


Melihat kepada perkembangan yang agak agresif dari pemikir-pemikir barat yang pada masa ini sedang giat mengembangkan pemikiran-pemikiran yang terpesong, maka PAS Kawasan Marang telah mengambil langkah pencegahan.
Baru-baru ini pada hari Khamis 5 Jun, PAS Kawasan Marang, telah menganjurkan program Liqa’ Fikri bagi menangkis serangan pemikiran yang menyeleweng dari kehendak Islam sebenar.
Program dihadiri oleh kira-kira 50 orang ahli pelbagai peringkat itu diadakan di bangunan PAS Kawasan Marang di Kampung Rusila bermula kira-kira jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam.
Program telah dirasmikan oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Marang, Ustaz Hashim Mohamed, menggantikan Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Marang Haji Yahaya Ali dan penutupan oleh Timbalan YDP, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Ketua Dewan Ulamak Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail dijemput sebagai pembentang kertas kerja yang bertajuk Ancaman Bahaya Sekularisme.
Dalam kupasan beliau, Ustaz Zulkifli antaranya menjelaskan bahawa agenda pemikiran sonsang ini telah berjalan sejak zaman berzaman dan telah diberitahu oleh para ulamak dalam kitab-kitab mereka.
“Nama sahaja yang berlainan, tapi pemikiran dan ideologi-ideologi yang menyimpang begini telah berjalan sejak zaman dahulu lagi.
Ulamak-ulamak dahulu telahpun memberitahu kepada umat akan bahaya pemikiran yang menyeleweng begini dalam kitab-kitab mereka,” kata beliau.
Antara ciri-ciri pemikiran sebegini ialah persoalan yang ditimbulkan berkaitan lojik, tiadanya kebenaran yang hakiki, semua orang boleh beri pendapat masing-masing secara bebas berkaitan agama walaupun tidak mempunyai asas agama.
Menurut beliau lagi, pemikiran-pemikiran sebegini sedang dikembangkan terutamanya di kawasan sebelah Pantai Barat dan diminati golongan muda yang berfikiran agak liberal.
Oleh itu Ustaz Zulkifli menggesa agar ahli-ahli PAS untuk meletakkan perhatian yang lebih keatas anak-anak dan keluarga agar tidak dipesongkan pemikiran mereka dengan ideologi-ideologi yang menyimpang ini.

0 comments:

Post a Comment