Kita mungkin boleh membaca dan menamatkan al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. Jika kita duduk beramai-ramai membaca al-Quran dengan dibimbing oleh seorang atau beberapa orang guru, maka ia dinamakan tadarrus.
Tetapi berapa ramai yang bertadarrus itu memahami al-Quran yang dibaca itu? Janganlah kita hanya mengejar untuk khatam tetapi dalam masa yang sama tidak tahu apakah kehendak al-Quran itu. Membaca dan memahami isi kandungan al-Quran itu dinamakan tadabbur. Oleh itu pihak kami cuba mengambil inisiatif bagi membantu masyarakat memahami kehendak al-Quran supaya hidup kita tetap berada di atas landasan yang Allah tetapkan melalui al-Quran. Jom kita bertadabbur al-Quran secara ringkas.
Bismillah
Beberapa perkara yang mungkn kita
tak tahu mengenai al-Quran. Bagaimana sahabat-sahabat khatam al-Quran pada
kebiasaan dizamannya. Hari ini juzuk pertama iaitu mengandungi al-Fatihah dan
al-Baqarah. Mari kita lihat ringkasannya. Kita mulakan dengan surah al-Fatihah.
Al-Quran yang biasa dibaca oleh sahabat rasulullah saw dan ialah mereka khatam seminggu sekali iaitu dengan membaca surah :
Aus bin Huzaifah -rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah saw, “Bagaimana caranya kamu membahagikan Al-Qur`an untuk dibaca setiaphari?” Mereka menjawab:
Aus bin Huzaifah -rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada
نُحَزِّبُهُ ثَلَاثَ سُوَرٍ وَ خَمْسَ سُوَرٍ وَسَبْعَ سُوَرٍ وَتِسْعَ سُوَرٍ وَإِحْدَى عَشْ رَةَ سُورَةً وَثَلَاثَ عَشْرَ ةَ سُورَةً وَحِزْبَ الْمُفَصَّ لِ مِنْ قَافْ حَتَّى يُخْتَمَ
“Kami bahaginya menjadi(tujuh bahagian yakni): Tiga surah lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah, dan hizb al-mufassal iaitu dari surah Qaf sampai akhir (mushaf).” (HR. Ahmad no. 15578).
Hari pertama: Mereka membaca surah “al-fatihah”
hingga akhir surah “an-nisa`”.
Hari kedua: Dari surah
“al-maidah” hingga akhir surah “at-taubah”.
Hari ketiga: Dari surah
“Yunus” hingga akhir surah “an-nahl”.
Hari keempat: Dari surah
“al-isra” hingga akhir surah “al-furqan”.
Hari kelima: Dari surah
“asy-syu’ara” hingga akhir surah “Yasin”.
Hari keenam: Dari surah
“ash-shaffat” hingga akhir surah “al-hujurat”.
Hari ketujuh: Dari surah “qaaf” hingga akhir
surah “an-nas”.
Adapun pembahagian juzuk-juzuk sehingga 30 ini
adalah hasil dari pemikiran Hajjaj al-Yusuf as-Tsaqafi.
Surah al-Fatihah dinamakan sebagai As-Saba’ul
Matsani iaitu tujuh ayat yang diulang-ulang. Diturunkan di Mekah.
Beberapa perkara penting tentang ketauhidan
Allah ditekankan dalam al-Fatihah ini antaranya ialah tentang kewujudan
Allah, tentang sifat-sifatNya yang agung seperti al-Rahmaan, al-Rahiim.
Juga diberi peringatan akan pembalasan kepada
perbuatan manusia diakhirat nanti. Jadi usaha kita bukan sekadar untuk hidup di
dunia sahaja tetapi akhirat nanti kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang
kita lakukan di dunia ini.
Didalam surah ini juga terkandung konsep tauhid
rububiyyah iaitu keesaan Allah dalam mencipta, mengatur atau dalam kata lain Dia
berkuasa melakukan segala-galanya keatas alam ini atas kehendakNya.
Juga konsep Uluhiyyah iaitu hanya Allah sahaja
ilah yang berhak disembah, tiada sekutu bagiNya.Dan inilah kemuncak kepada
tauhid makhluk kepada Allah.
Menerangkan akan hanya Allah lah yang menjadi
tuhan yang disembah dan hanya kepada Dialah tempat kita memohon pertolongan,
tiada yang lain.
Memohon taufik dan hidayah dari Allah agar dimasukkan
ke jalan-jalan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin dan juga semoga terselamat
dari jalan-jalan yang Dia murkai dan sesat seperti yang telah terjadi keatas
Yahudi dan Nasrani.
Rasulullah menyatakan bahawa “Tidak ada dalam
kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah satu surah sama kelebihannya
dengan Ummul Quran”.
Surah al-Fatihah ini wajib dibaca dalam solat
sebanyak 17 kali sehari jika tidak bermusafir, menunjukkan kepentingannya yang
sangat utama.
Sekurang-kurangnya kita mestilah memahami
makna-makan bacaan al-Fatihah ini sebagai menunjukkan kita juga menjunjung ayat
yang penting ini dan bukan sahaja membaca tanpa memahami maknanya. Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment