HEADER

HEADER

Sunday, June 22, 2014

PAS Marang berazam menjadi Role Model


Marang : Setelah berjaya mencatatkan kejayaan sebagai kawasan paling ramai ahli, PAS Kawasan Marang mengorak langkah baru kearah menjadikan Marang sebagai kawasan Role Model kepada seluruh kawasan di Terengganu.
Hasrat itu dinyatakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Marang Haji Yahaya Ali dalam ucapan pembukaannya pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang semalam yang diadakan di Dewan Tok Guru, Masjid Ruslia.
Menurutnya, ahli tidak seharusnya berpuashati dengan pencapaian ahli teramai itu sebaliknya kualiti ahli juga harus ditekankan agar organisasi akan menjadi lebih tersusun dan terancang bagi membawa jemaah ke peringkat lebih tinggi.
Beliau menekankan kualiti ahli sesuai dengan Fasal 33 (1) Perlembagaan PAS, jelas menyebut, peranan cawangan itu ialah mengukuhkan pengaruh cawangan dan memperbanyakkan ahli.
Ahli-ahli PAS pula jelas beliau, kewajipan mereka ialah melaksanakan arahan-arahan kepimpinan.
 “Walaupun kita sudah mencapai bilangan 20 ribu tu, tapi kita tak bolehlah berpuashati dengan angka ini.
Keduanya dari sudut kualiti ahli. Kualiti ahli yang saya maksudkan ini (dalam ucapan pembukaan).
Lepas itu dari segi kepimpinan. Supaya kualiti kepimpinan kita ni lebih hebat, lebih pandai merancang, lebih pandai mengurus, lebih pandai meletakkan keutamaan program dan juga dari segitrouble shooter (menyelesai masalah).
Tambah beliau lagi sesuatu jemaah yang berjaya ialah seperti yang dinyatakan oleh Allah iaitu mereka kasihkan Allah dan Allah kasihkan mereka kerana kesungguhan mereka melakukan kerja dakwah.
Dengan gabungan formula inilah, PAS Marang yakin untuk membentuk ahli-ahlinya bagi mencapai objektif menjadi Role Model bagi seluruh kawasan PAS di negeri Terengganu.
Haji Yahaya juga mengingatkan semua perwakilan agar bersiap sedia dengan kemungkinan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang mungkin berlaku jika diluluskan.
Beberapa Dun yang mempunyai kawasan yang berada dalam pentadbiran daerah Kuala Terengganu berkemungkinan ditarik keluar dari parlimen Marang dan bakal menyaksikan perubahan mendadak dalam pertarungan pilihanraya nanti.
Beliau yang ditemui selepas acara penangguhan mesyuarat turut berpuashati dengan kualiti perwakilan yang mengambil bahagian dalm perbahasan.
Sementara itu hanya satu usul yang dikemukakan dalam mesyuarat tahun ini menerusi Jawatankuasa PAS Kawasan Marang.
Usul tersebut ialah bagi mendesak Kerajaan Negeri Terengganu menuntut kembali royalti petroleum yang dinafikan oleh kerajaan pusat semenjak tahun 2000, menaikkan royalti kepada 20 peratus dan menuntut mempertahankan telaga minyak P-308.

Usul itu kemudiannya diterima tanpa bahas.

0 comments:

Post a Comment