Beginilah keadaan rumah Masitah dimakan api yang marak kerana dibakar anak sendiri
Titian Baru : Kebiasaannya kita mendengar
kejadian rumah terbakar berpunca dari bencana seperti dipanah petir, litar
pintas atau terlupa mematikan api di dapur, tetapi kali ini lain pulak
ceritanya.
Sebuah rumah telah dibakar anak kandungnya sendiri,
dan itulah nasib yang menimpa Masitah Muda 58 tahun yang bukan sahaja telah
kehilangan rumahnya malah turut mengalami
kerugian yang dianggarkan lebih RM100 ribu.
Kejadian pada hampir tengah malam itu, kira-kira
jam 11.10 malam bermula setelah suspek, iaitu anak mangsa sendiri yang berumur
34 tahun sorang penagih dadah tegar cuba mengugut ibunya, Masitah bagi
memberikannya wang.
Masitah yang sudah maklum wang itu akan digunakan
anaknya untuk membeli dadah dan dia enggan memberikannya.
Kerana ketegasannya menghalang anaknya dari terus
membeli dadah, mengakibatkan suspek naik berang cuba membunuh mangsa dalam masa
yang sama merosakan harta benda didalam rumah tersebut.
Masitah kemudiannya menghubungi pihak polis dan
suspek terus mengamuk mengugut pula untuk membakar rumah menyebabkan Masitah
meminta bantuan adiknya yang tinggal bersebelahan kerana ketakutan.
Ketika beliau dan adiknya menunggu pihak polis
datang di jalan utama kira-kira 300 meter dari rumahnya, beliau menerima berita
yang rumahnya telah terbakar dan bergegas ke tempat kejadian.
Saksi kejadian Subki Ali 47 tahun jiran mangsa, menceritakan
pada masa kejadian kira jam 12 tengah malam, dia berada di dalam rumahnya ,dan
terdengar bunyi letupan kecil yang disangka kanak-kanak bermain mercun.
Bagi mendapat kepastian saksi cuba memeriksa
diluar dan terkejut melihat api menjunam dan marak telah memenuhi seluruh rumah
jiranya itu.
Tambahnya lagi pada masa itu beberapa orang penduduk
kampung sekitar 30 orang telah cuba sedaya upaya untuk memadamkan api tetapi
sudah terlambat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong,
Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika menziarahi mangsa berkata buat masa ini beliau
berharap agar pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera untuk membantu
mangsa.
“Saya harap kerajaan akan segera mengambil
tindakan-tindakan bagi membantu mangsa.
Dan dalam masa yang sama pihak kami juga dari
Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakan di bawah Majlis Tindakan Dun (MTD) akan cuba
membantu sedaya mampu yang boleh untuk meringankan beban yang ditanggung
mangsa,” kata beliau.
Dalam lawatannya ke rumah mangsa beliau telah
menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran tersebut yang kini menumpang di
rumah adiknya.
0 comments:
Post a Comment