PAS ialah sebuah badan dakwah,
tarbiyyah dan juga politik, sebenarnya menumpukan kepada tugas-tugas
menyelamatkan manusia melalui agama secara amnya disebalik berperanan sebagai
parti politik.
Peranan besar PAS sebagai ejen
dakwah itu telah bermula sejak dahulu lagi, sebagai menyambung langkah
ulamak-ulamak terdahulu dalam perjalanan dakwah mereka yang panjang dan penuh
liku-liku.
Begitulah antara petikan ucapan
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi, Dr. Azman Ibrahim sewaktu menyampaikan
ucapan alu-aluan sempena Majlis Ilmu bersama muslimat Cawangan Tempinis di
Kampung Gong Ubi Keling.
Sambil beliau mengimbau sejarah
Surau Tok Seh, tempat berlangsungnya program itu, yang menurut beliau, ianya
telah diasaskan oleh cucu kepada pejuang tersohor Terengganu Haji Abdul Rahman
Limbung.
“Ulamak-ulamak dahulu jika
tinggal di mana-mana, mereka sudah pasti akan mendirikan surau atau masjid
sebagai pusat ilmu kerana mereka tahu akan kepentingan ilmu bagi mendidik
masyarakat.
Cucu kepada almarhum Haji Abdul
Rahman Limbung datang ke sini dan mendirikan surau ini, serta telaganya juga
masih yang asal,” ujar beliau mengimbas kembali sejarah surau tersebut.
Manakala undi pula, menurut
beliau adalah perkara yang juga penting tetapi kepentingan kepada membina agama
di dalam diri rakyat lebih diutamakan agar menjadi pelindung daripada kepedihan
api neraka.
Berbeza dengan Umno yang sentiasa
mementingkan undi dan hal dunia sahaja sehinggakan ada yang sanggup memberikan
benda-benda yang tidak sepatutnya kepada remaja-remaja semata-mata kerana mahukan
undi.
“Nak buat macamana, sistem undi
kita ni kira satu rakyat, satu undi.
Undi tok lebai sama dengan undi hok
jalan senget (golongan bermasalah).
Umno ni tak kira, asalkan boleh
undi saja, mereka tak peduli yang lain,” kata beliau.
Dr Azman juga turut memberi
contoh berkenaan harga getah yang merudum yang menyebabkan keperitan hidup yang
melampau kepada penoreh-penoreh getah lebih-lebih lagi kepada mereka yang
menyewa getah orang lain.
Menurut beliau lagi, seorang ahli
Umno yang bernasib malang itu yang ditemui beliau, masih kukuh menyokong Umno
walaupun tiada pimpinan Umno yang menziarahinya apatah lagi membantunya
sedangkan ada pimpinan Umno yang hidup mewah bertukar-tukar kereta.
Justeru Dr Azman menasihatkan
agar muslimat peka kepada isu-isu semasa supaya mereka tidak mudah ditipu oleh
golongan yang berniat serong terhadap mereka.
Majlis ilmu yang diadakan
baru-baru ini, turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS
Negeri Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah sebagai penceramah jemputan.
Dalam ucapannya, beliau menyeru
kepada muslimat terutama di luar bandar agar peka kepada isu politik supaya
mereka faham bahawa, amanah yang mereka berikan melalui undi itulah yang
mencorak kehidupan mereka.
Beliau yang juga wakil rakyat Dun
Bukit Payong seterusnya memberi penerangan berkenaan hal yang berlaku dan
dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri yang baru sahaja tamat
persidangannya minggu lalu.
0 comments:
Post a Comment