Peguam Presiden PAS, Haji Asmuni
Awi berpuashati dengan perjalanan perbicaraan writ dalam kes saman berkaitan
fitnah pil kuda yang melibatkan seorang bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dan Presiden PAS pada pilihanraya umum ke-13 lalu.
Beliau yang ditemui selepas
penangguhan perbicaraan itu menjelaskan, pihak plaintif telahpun mengemukakan
tiga orang saksi bagi perbicaraan pada sebelah pagi.
“Alhamdulillah pada pagi tadi
perbicaraan kes saman telahpun berjalan.
Dan setakat ini pihak plaintif
telah memanggil tiga orang saksi.
Dan setakat ini, kita
berpuashatilah dengan perjalanan dan keterangan yang diberikan pihak plaintif,”
kata beliau.
Perbicaraan ini turut dihadiri
oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) YB Ustaz
Satiful Bahari Mamat, Timbalannya Dr Alias Razak, Bendaharinya Shukrimun
Shamsudin.
Turut kelihatan ialah Timbalan
Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Khalil Abdul Hadi yang juga anak kepada
Presiden PAS, Adun Tepoh, YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim serta para penyokong
PAS yang hadir bagi memberikan sokongan.
Kes saman bekas calon PKR Mohd Shamsul
Mat Amin terhadap Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
bermula apabila Shamsul yang diarahkan PKR agar tidak bertanding dalam PRU 13
lalu, tidak berpuashati dengan isi ceramah oleh Presiden PAS.
Ceramah oleh Presiden PAS yang berlangsung
di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang ketika kempen PRU itu, menurut beliau
telah memfitnah beliau sebagai pengedar pil kuda.
Oleh kerana yakin gelaran itu
ditujukan kepada beliau dan merasakan maruahnya telah tercalar kerana gelaran
itu, maka beliau memfailkan saman ini di mahkamah.
Shamsul diwakili oleh Tetuan
Vasudevan A & Co.
Perbicaraan akan bersambung
semula pagi esok.
0 comments:
Post a Comment