Kerajaan Malaysia sekarang ialah
kerajaan yang tidak berpijak di bumi yang nyata, dengan memberikan alasan yang
dianggap tidak cerdik apabila harga minyak dinaikkan bagi mengula-gulakan
rakyat.
Kenyataan-kenyataan itu tidak
mencerminkan kehendak majoriti rakyat yang mana sekaligus menggambarkan
menteri-menteri ini gagal memahami kesusahan rakyat ketika rakyat bergelut
dengan kesusuhan.
Begitulah antara komen dari Naib
Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui sebaik selesai program
ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa di Pasti al-Iman di Pekan Bukit Payong
semalam.
Beliau dengan tegas kemudiannya
menyeru kepada para menteri tersebut agar meletak jawatan kerana kegagalan
mereka menjaga kepentingan rakyat terbanyak.
“Berhentilah menteri, letak
jawatanlah sebagai menteri, sebab kenyataan ini kenyataan yang tidak
mencerminkan realiti rakyat.
Kalau menteri duduk di atas dan
mereka naik dengan rakyat, kemudian dia buat kenyataan yang membelakangkan
rakyat, saya cadangkan dia letak jawatanlah.
Dia tak layak jadi menteri, buat
kenyataan bodoh macam ni, hingga menimbulkan rakyat rasa kecewa yang mana
menteri sepatut (jadi) pelindung dia, sekarang menteri jadi bebanan kepada
rakyat,” tegas beliau dalam sinis.
Beliau kemudiannya menasihatkan
kepada penduduk luar bandar supaya membuka minda mereka dengan lebih luas lagi
agar tidak mudah ditipu oleh kerajaan.
Alasan harga minyak di pasaran duninaik, tidak
boleh dijadikan alasan bagi kenaikan ini kerana harga minyak dunia sedang
jatuh.
Begitu juga dengan alasan
pengurangan subsidi kepada rakyat, sebaliknya kenapa Independent Power Producer
(IPP) iaitu syarikat penjana kuasa elektrik masih menikmati subsidi dari
kerajaan yang berjumlah berbillion setahun.
Oleh itu kata beliau, secara
mudahnya, syarikat-syarikat ini menjana keuntungan hasil dari pemotongan
subsidi keatas rakyat.
Tambah beliau lagi, keperitan ini
baru permulaan kepada keperitan yang lain kerana sebelum GST dikenakan tahun
hadapan, pada hari ini, kita sudah diberikan kenaikan harga barang hasil dari
kenaikan harga minyak ini.
Selain daripada harga barang akan
naik, kenaikan ini akan turut sama melonjakkan kadar inflasi dan tidak
terkecuali kadar masalah sosial dan jenayah akan meningkat, sekali lagi ini
akan turut meresahkan rakyat.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu
kemudiannya menasihatkan kepada semua ahli PAS untuk berhenti dari berperang
sesama sendiri yang mana beliau anggap sebagai membawa agenda musuh dalam
jemaah.
Ahli-ahli sepatutnya mengambil
peluang kenaikan harga minyak ini sebagai titik bagi menyerang Umno dan Barisan
Nasional dan bekerja bagi memperkemaskan parti bagi memperjuangkan nasib
rakyat.
0 comments:
Post a Comment