HEADER

HEADER

Thursday, September 18, 2014

Kepimpinan ulamak perlu dihormati


Muktamar PAS Ke-60:
Keperluan bagi semua ahli PAS bagi menghormati kepimpinan ulamak sekali lagi ditegaskan oleh perwakilan kerana kepakaran ulamak dalam bidang mereka disamping tidak menkesampingkan gandingan dari professional.
Hal ini ditegaskan oleh perwakilan Pulau Pinang Izuri Ibrahim ketika mengambil bahagian membahaskan ucapan dasar presiden di Muktamar ke-60 pada hari kedua di Batu Pahat Johor hari ini.
“Bukan tak sayang kepada pesuruhjaya, Mat Sabu, tapi kepimpinan ulamak tetap dihormati,” tegas beliau sambil disambut laungan takbir oleh perwakilan lain.
Wakil Perlis pula Wan Kharizal Wan Khazim pula mengingatkan agar PAS Selangor tidak menerima jawatan MB Selangor agar PAS dilihat oleh penyokong PR berpegang teguh dengan keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.
Menurut beliau lagi sekarang ini, ahli-ahli PAS sudah tidak berani  masuk kedai kopi untuk berbincang tentang politik kerana mereka juga terkeliru dengan keputusan pimpinan.
Beliau akhirnya meminta agar pimpinan tidak mengeluarkan kenyataan yang berbeza, yang akhirnya menyebabkan ahli-ahli menjadi kebingungan.
Fadhli Shaari, (kiri) wakil Kelantan pula menghangatkan perbahasan pagi ini dengan bangkit mempertahankan presiden dengan gaya yang lantang dan bersemangat.
Beliau mempersoalkan sekumpulan ahli PAS yang berpakat mahu menjatuhkan presiden serta membawakan rakaman bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau.
Persoalan kerahsiaan dan amanah oleh sebahagian ahli juga dipersoalkan yang antara disebutkan seperti kaedah “print screen” yang terkadang sebelum mesyuarat selesai sudah ada keputusannya di blog dan beliau memohon agar dilakukan siasatan.

Serangkap pantun yang dibacakan beliau menarik perhatian perwakilan sebagai ingatan bagi mentaati presiden sendiri “ Bapa haruan, haruanlah dia, tidak sama bapa tenggiri, bapa orang, oranglah dia, tidak sama bapa sendiri”.
Kegagalan “Langkah Kajang” yang turut disentuh oleh beliau, sekaligus mengesahkan bahawa tindakan presiden adalah tepat dalam mencaturkan kemelut politik yang berlaku di negeri Selangor.

0 comments:

Post a Comment