Berita Muktamar PAS ke-60
Ucapan dasar Presiden pada
Muktamar PAS ke 60 yang diadakan di Parit Haji Salleh Ros hari ini dilihat
sebagai kelangsungan kepada kesepakatan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) yang
telah dipersetujui sejak muktamar meluluskannya dahulu.
Ucapan yang diberi tajuk “Terus
Beristiqamah” itu telah disampaikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang di hadapan hampir kira-kira 2 ribu ahli PAS yan terdiri
daripada Ajk Pas Pusat, perwakilan dan pemerhati.
Tiga aspek yang ditekankan dalam
ucapan dasar yang telah dibacakan selama kira-kira 70 minit itu, iaitu hala
tuju pemantapan parti dimana istiqamah dalam dasar perjuangan PAS, rapatkan
ukhuwwah, perbaiki akhlak, tarbiyyah dan dakwah.
PAS dalam negara, istiqmah bagi
melakukan perubahan kearah negara yang lebih baik, membetulkan salah faham
terhadap Islam, menyedarkan bahawa Islam adalah cara hidup, menjaga hubungan
antara kaum
Dan PAS di luar negara pula, akan
memainkan peranan yang lebih pro-aktif dalam urusan dunia antara bangsa yang
lebih aman dan adil.
Beberapa perwakilan yang ditemui
selepas ucapan dasar, bersetuju dengan ucapan dasar yang bagi mereka, adalah
penekanan bahawa PAS sememangnya istiqamah sejak dahulu lagi bersama PR dalam
menentang kezaliman.
Bendahari Badan Perhubungan PAS
Negeri Terengganu (BPPNT) Shukrimun Shamsudin (kanan) berpendapat bahawa ucapan dasar
tahun ini adalah ucapan yang paling bertenaga berbanding dengan ucapan-ucapan
yang lalu.
Menurut beliau lagi, ucapan itu
penuh dengan nasihat-nasihat dan juga penegasan perihal perjuangan dalam Islam
yang sepatutnya diambil sebagai peringatan kepada pihak yang dilihat sebagai
ingin berlawanan arus dengan presiden.
Seterusnya beliau menggesa agar
setiap perlakuan atau tindak tanduk ahli, mestilah berpaksikan al-Quran dan
sunnah agar sentiasa berada di atas landasan yang betul, sekaligus menutup
ruang bagi musuh mengambil kesempatan.
Manakala perwakilan PAS Kawasan Dungun
Ustaz Azman Shapawi Mat Rani pula beranggapan ucapan dasar presiden kali ini
adalah ucapan yang mantap dan berani.
”Satu ucapan yang sangat mantap,
tegas dan satu juga ucapan yang sangat berani mempertegaskan dasar yang dibawa
oleh parti.
Ucapan itu tadi telah memberikan
isyarat kepada semua perwakilan itulah kehendak presiden dan parti.
Dimana kita tidak boleh hendak
buat agenda kita sendiri kerana parti ada hala tujunya,” tegas beliau.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah
Kesenian dan Sukan BPPNT, turut mengajak perwakilan agar meninggalkan sikap
gopoh dalam perjuangan mencari kemenangan dan juga terpengaruh dengan
janji-janji pihak luar.
Ahli-ahli PAS juga perlu menolak
propaganda-propaganda yang disogokkan terutama dalam media sosial berkaitan PAS
akan bergabung dengan Umno setelah penegasan presiden dalam ucapan dasarnya
yang PAS tidak akan bersama dengan Umno.
Perwakilan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ustaz Suhaimi Daud pula, turut berkongsi pandangan yang sama iaitu ucapan dasar
presiden adalah menepati ucaptama Dewan Ulamak Pas Pusat yang dibentangkan
semalam di Kulai.
Penegasan ucapan dasar presiden itu,
bagi beliau, adalah meliputi dalam kesemua isu yang ada pada masa ini.
Dalam apa-apa isu dasar, Ustaz
Suhaimi menasihatkan, PR sepatutnya duduk bersama dan berbincang sebelum
mengumumkan sesuatu tindakan yang besar bagi menunjukkan kebersamaan.
Menjawab soalan berkenaan
persepsi yang sedang berlegar yang cuba melibatkan PAS yang cuba menarik diri
dari PR dan bergabung dengan Umno, beliau yakin dan percaya yang hal itu
hanyalah fitnah yang ditimbulkan musuh.
0 comments:
Post a Comment