Surah Ibrahim. Diturunkan di Mekah, mengandungi 52 ayat.
Dinamakan Ibrahim bersempena nama Nabi Ibrahim mulai ayat 35. Al-Quran adalah
gunanya bagi rasul mengeluarkan manusia dari kegelapan kekufuran kepada cahaya
keimanan. Jangan kita jadi orang yang mengutamakan dunia, menghalang manusia
dari agama Allah kerana itulah ciri-ciri orang yang sesat. Nabi-nabi dan
rasul-rasul yang diutuskan kepada sesuatu kaum adalah dari kalangan mereka
sendiri bagi memudahkan kefahaman. Hidayah dan dan kesesatan adalah milik
Allah.
Bani Israel mempunyai banyak keistimewaan yang dikurniakan
oleh Allah. Maka Allah menyuruh mereka mengenang “Hari-Hari Allah” itu supaya
mereka bersyukur. Dan kesyukuran itu akan ditambahkan nikmat, tetapi jika
kufur, azab Allah sangat keras. Allah tidak rugi apa-apa jika manusia kufur.
Sebagaimana yang terjadi kepada kaum nabi-nabi yang terdahulu yang kufur,
mereka merana terkena azab. Setelah diberi dalil, mereka menolak dan meminta
mukjizat lain sambil mengejek. Bukan itu sahaja, nabi-nabi itu diugut untuk
diapa-apakan. Tetapi Allahlah yang menjadi penyelamat orang-orang yang beriman
Azab neraka yang mereka akan lalui iaitu meminum air tubuh
mereka yang dibakar, busuk. Mereka mesti minum walaupun tidak mahu, dan mereka
tidak akan mati di dalam neraka. Orang yang kafir, usaha baik mereka hanyalah
seperti debu yang berterbangan ditiup angin. Sia-sia kerana dia sesat. Pengikut
kepada golongan kufur akan mencari ketua mereka minta dilepaskan dari seksa neraka.
Tetapi ketua mereka sendiri tidak terlepas dari azab. Hinggakan syaitan juga
berlepas diri dari semua orang yang mengikutinya ketika di dunia dahulu dan
membenarkan Allah. Manakala balasan bagi orang-orang yang yakin dan beriman
kepada Allah adalah syurga yang kekal abadi
Kalimah yang baik seperti tauhid, zikir, al-Quran atau
kalimah iman ibarat satu pohon yang bagus, akarnya mencengkam kuat dan pucuknya
menjulang tinggi. Mengeluarkan buah yang lazat dengan izin Allah, ianya memberi
manafaat yang banyak. Manakala sebaliknya kalimah yang buruk seperti syirik,
diibaratkan sebagai satu pokok yang yang tidak berguna dan subur. Tidak gagah
berdiri, akarnya bila-bila masa boleh tercabut. Begitulah bandingan kepada
orang yang beriman – pokok yang bagus dan orang-orang kafir seperti pokok yang
tidak berguna. Allah membantu orang beriman agar tetap teguh dengan pendirian
mereka dunia dan akhirat
Banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia,
sehingga tidak akan mampu manusia membilangnya, tetapi manusia tetap ingkar.
Contoh dalam peristiwa Nabi Ibrahim dengan kaumnya yang menyembah berhala
ketika di Bablyon. Nabi Ibrahim kemudiannya berpindah ke Mekah dan berdoa
kepada Allah agar keturunannya tidak menyembah berhala, tetapi tetap mendirikan
sembahyang yang benar kepada Allah. Baginda juga mendoakan agar Mekah dijadikan
tempat bagi tumpuan manusia, diberi keamanan, mensyukuri dikurniakan Ismail dan
Ishak walaupun dia sudah tua, memohon keampunan kepada orang tuanya.
Allah tidak pernah lalai daripada kaum yang kafir,Cuma
menunggu masa sahaja, untuk mengazab mereka. Dan apabila datang azab, mereka
akan terbeliak tercengang dengan apa yang berlaku kerana kebingungan. Ketika
itu, orang yang zalim merayu utnutk diberikan peluang kembali ke dunia, bagi
menyahut kembali seruan Allah di dunia dahulu. Tetapi mereka ditempelak kembali
kerana di dunia dahulu mereka telah diberi masa dan sebaliknya mereka
mengatakan bahawa mereka tidak akan diapa-apakan selepas mati nanti. Sedangkan
kesan kaum yang derhaka kepada Allah telah ada dan dilihat oleh mereka.
Mereka yang merancang kejahatan kepada Islam, akan Allah
membalas balik rancangan mereka itu, walau sehebat manapun mereka rasa
rancangan mereka itu. Jadi Allah tahu dan sedar akan rancangan mereka. Dan
apabila tiba masa dibangkitkan, orang-orang yang berdosa akan berada dalam
keadaan diberkas dan dibelenggu, pakaian mereka dari minyak tar dan seluruh
muka dan badan mereka diliputi jilatan api neraka. Ini berlaku kerana Allah
mahu membalas tiap-tiap usaha manusia di dunia dahulu. Oleh itu, baca dan
kajilah al-Quran kerana ianya adalah peringatan bahawa Allah itu tuhan yang
Maha Esa, tiad sektu baginya dan Dia berkuasa atas segala makhluk di dunia dan
akhirat. Kemana lagi kita mahu berlepas diri? Tamat Surah Ibrahim dan juzuk
ke-13. Wallahua’lam
0 comments:
Post a Comment