Dalam satu hadis riwayat
at-Tirmizi “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka
baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan
sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut”.
Dan dalam surah al-Baqarah ayat 148
pula yang bermaksud “ Oleh itu berlumba-lumbalah kamu dalam mengerjakan kebaikan”.
Kedua-dua ayat dan hadis ini
telah menjadi sebagai pemangkin Ajk Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payong
dalam mengerjakan kebajikan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini bagi
menambah pahala.
Dengan niat mahu melakukan
kebajikan, semalam, seramai kira-kira 25 orang petugas yang sebahagian besar
mereka terdiri daripada Ajk MTD Bukit Payong telah mengadakan program
pengagihan bubur lambuk di sekitar Bukit Payong.
Dua lokasi utama telah dipilih
menjadi tempat agihan iaitu di persimpangan lampu isyarat Masjid Bukit Payong
dan juga di hadapan Pasar Kedai Buloh.
Sebanyak 500 bekas bubur lambuk
telah diedarkan kepada orang ramai selepas asar dan habis dalam masa kira-kira
setengah jam sahaja.
Menurut penyelaras program Ahmad
Sahrizan Yahya, program ini adalah pertama kali diadakan bagi oleh MTD dan
tidak menyangka sambutan yang begitu menggalakkan dari orang ramai.
Disamping mengagihkan bubur ini
di tepi jalan, kita juga bergerak ke beberapa rumah orang-orang tua dan uzur
untuk diberikan kepada mereka.
Kita tak jangka sambutan yang
sangat menggalakkan ini, alhamdulillah.
InsyaAlah selepas ini, kita akan berbincang
bagi menjadikannya sebagai acara tetap MTD,” kata Sahrizan.
Pada kebiasaan dibulan Ramadan,
sememangnya amalan memberi makanan berbuka puasa sebegini, masih menjadi
tradisi di kebanyakan tempat di Terengganu.
0 comments:
Post a Comment