HEADER

HEADER

Sunday, April 19, 2015

PAS Kampung Laut anjur sukaneka

 
 
Satu pertandingan sukaneka diantara penduduk Kampung Laut telah diadakan semalam, bertempat di hadapan Surau Kampung Laut, di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Payong.
 
Kehadiran seramai kira-kira hampir 400 orang peserta yang terdiri lebih daripada 100 kanak-kanak, pemuda-pemudi, serta orang dewasa dan muslimat itu adalah diluar jangkaan pihak penganjur.
 
Ini kerana Kampung Laut dan Belukar Jambu adalah kawasan mesra Umno yang tradisi.
 
Dalam ucapan perasmian, Ketua Cawangan PAS Kampung Laut, Haji Abdullah, berkataprogram seumpama ini adalah pertama kali diadakan di Cawangan Kampung Laut dan beliau sangat gembira dengan sambutan masyarakat sekeliling.
 
Beliau juga memuji usaha yang telah ditunjukkan oleh Pemuda PAS Cawangan Kampung Laut bagi menjayakan sukaneka ini dan sekaligus membuktikan bahawa PAS mampu menyatukan masyarakat dengan program seperti ini.
 
Melihat kepada sambutan yang sangat baik ini, Haji Abdullah tidak menolak cadangan untuk menjadikan acara sukaneka ini sebagai acara tetap tahunan bagi kalendar aktiviti cawangan.
 
Beliau juga yakin dan percaya kehadiran yang ramai ini menandakan kepercayaan penduduk kepada PAS telah bertambah kukuh disebalik kegemparan beberapa isu dalam negara seperti GST, 1MBD dan sebagainya
 
Antara acara yang dipertandingkan dalam sukaneka itu ialah pertandingan tangkap belut yang menjadi pertandingan paling disukai peserta juga acara boling kelapa, sambung kasih dan kupas buah kelapa.
 
Hadirin juga dihidangkan dengan persembahan istimewa iaitu permainan ular berbisa.
 
Pertandingan yang bermula pada jam lapan pagi itu berakhir pada jam dua petang dan acara penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.
 
Para tetamu dan peserta kemudiannya dijamu dengan gulai kambing dan sup belut sebagai mengakhiri acara sukaneka.

0 comments:

Post a Comment