Program itu
berlangsung selama lima hari, bermula pada 23 April hingga 27 April lalu,
bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara penduduk Bukit Payong dengan wakil
rakyat mereka serta pengurusan cawangan-cawangan.
Menurut Pengarah
Program ini Haji Zamri Sulaiman, ianya meliputi beberapa kawasan Unit Peti Undi
(UPU) yang telah dipilih kali ini iaitu UPU Pekan Bukit Payong, Paya Resak,
Sekolah Bukit Payong dan Mak Kemas.
Pelbagai program
kebajikan telah dirancang bagi memenuhi acara bagi program ini seperti
menghulurkan bantuan serta ziarah golongan yang kurang bernasib baik dan tidak
ketinggalan acara sukan seperti pertandingan wau.
Bagi program
ziarah, seramai 12 orang yang kurang bernasib baik telah dikunjungi dan bantuan
serta sumbangan dihulurkan sendiri oleh Wakil Rakyat Bukit Payong, YB Ustaz
Mohd Nor Hamzah.
Menurut YB Ustaz
Mohd Nor, beliau gembira dengan program ini, berharap agar ianya diteruskan
dimasa hadapan yang mana dengan program ini, cawangan juga akan bekerja dengan
lebih kuat lagi bagi mencari mereka yang kurang bernasib baik.
“Apa yang
penting khidmat kita kepada masyarakat mestilah berterusan.
Kita sebagai
ahli kepada parti Islam, mestilah memberikan khidmat kerana Allah, nescaya kita
akan dibantu oleh Allah dari sumber yang tidak disangka-sangka,” pesan beliau
kepada para sukarelawan parti.
Biarpun dalam
kesibukan dengan urusan sebagai wakil rakyat selain turut menjadi pimpian PAS
negeri, YB Ustaz Mohd Nor sebelum ini, sememangnya sentiasa mengadakan ziarah
terutama keatas penduduk yang kurang bernasib baik apabila dimaklumkan.
Namun dengan
pogram yang terusun sebegini, memberikan lebih ruang bagi rakyat mendekati
wakil rakyat kerana ianya diadakan di tempat terbuka dan juga program ini
dimaklumkan terlebih dahulu kepada rakyat.
Ini jelas dapat
diperhatikan apabila disemua tempat yang disinggahi oleh beliau, orang ramai
tidak melepaskan kesempatan untuk bersalam ataupun bertegur sapa dengannya
termasuklah dari kalangan ahli Umno sendiri.
0 comments:
Post a Comment