Angkat Sumpah

Hari mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bukit Payong

Aktivi

Sebahagian aktivi dalam melunaskan amanah sebagai Adun.

HEADER

HEADER

Tuesday, September 23, 2014

Sidang DUN : Wakil PAS harap OKU miliki rumah sendiri


(Ustaz Mohd Nor ketika mengemukakan soalan dalam sidang Dun Terengganu)
 
Wakil PAS hari ini YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mengemukakan soalan serta cadangan kepada Dewan Undang Negeri (DUN) Terengganu hari ini berkaitan isu perkampungan dan perumahan bagi orang kurang upaya (OKU) di Pulau Kerengga, Marang.
Beliau selaku wakil Bukit Payong berkata, perkampungan tersebut telah diwujudkan kerajaan sejak lama dahulu iaitu sekitar awal tahun 80-an lagi, tetapi masih belum diketahui secara jelas status rumah dan tanah tersebut.
Malah, tambah beliau lagi telah ada penghuni perkampungan tersebut yang telahpun meninggal dunia dan isu itu menjadi semakin kusut kepada waris mereka itu kerana status tanah yang tidak menjadi hak milik si mati ketika hidup.
“Saya dapat maklumat mereka tinggal di sini dalam sekitar 80-an.
Mereka dapat tanah dan rumah. Tetapi sehingga hari ini, keluarga OKU ini, tidak mendapat hak milik tanah dan rumah sehingga hari ini.
Dalam tempoh yang sebegitu lama, mereka belum lagi mendapat hak milik tanah dan rumah sehingga hari ini, sehingga ada yang memiliki cucu dah.
Apakah pihak kerajaan bersedia dalam masa yang terdekat diatas asas transformasi untuk menyerahkan hak milik tanah dan rumah kepada mereka?
Kerana ada dikalangan mereka yang sudah meninggal dunia, tua dengan harapan anak-anak mereka dapat hidup tenang insyaallah,” tanya beliau.
Menjawab soalan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita,  Keluarga dan Masyarakat, Muhammad Pehimi Yusof berkata, kerajaan telahpun  memberikan bantuan bulanan kepada OKU yang tinggal di kawasan tersebut.
Berkenaan dengan isu pemilikan tanah dan rumah tersebut, Pehimi menyatakan masalah utama ialah rumah itu terlalu lama, uzur dan mempunyai satu bilik sahaja, tidak sesuai untuk didiami.
Oleh itu kerajaan menurut beliau lagi kerajaan merancang di atas tapak yang sama untuk membina rumah baru melalui beberapa fasa iaitu melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) baru.
Kerajaan juga katanya akan memikirkan berkaitan perancangan memberi milik kepada mereka yang layak termasuk yang tidak mempunyai tanah.
Sementara itu Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika diminta mengulas jawapan dari Exco itu berkata, beliau akan memantau perkembangan apa yang dikatakan sebagai membina semula penempatan baru di perkampungan OKU itu.
Beliau juga berharap agar perancangan itu bukan sekadar perancangan sahaja dan mencadangkan agar kerajaan member hak pemilikan rumah PPRT bagi OKU tersebut walaupun mereka tidak memiliki tanah sendiri.
Untuk rekod, sebanyak 54 keluarga yang berjumlah seramai 74 orang OKU kesemuanya, tinggal di Perkampungan Rahmat, Pulau Kerengga, Marang itu semenjak tahun 1981.

Monday, September 22, 2014

Sidang DUN : MB janji kaji peruntukan kepada semua wakil rakyat pembangkang


Menteri Besar Terengganu yang baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini memberi jaminan akan mengkaji cadangan bagi mengagihkan terus peruntukan kewangan kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.
Jaminan itu diberikan sebagai respon kepada soalan tambahan oleh wakil dari Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-13 hari ini.
Ustaz Mohd Nor bertanyakan akan konsep transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri itu, adakah akan dilakukan juga perubahan terhadap layanan kerajaan terhadap wakil rakyat bukan kerajaan khususnya PR.
Razif seterusnya memberi alasan bahawa hal ini memerlukan kajian yang lebih teliti kerana beliau tidak mahu ianya dimanipulasikan oleh pihak-pihak lain, tanpa beliau menjelaskan maksud manipulasi pihak yang lain itu.
Ditemui selepas sidang berehat tengahari, Ustaz Mohd Nor berharap ianya menjadi kenyataan dan bukannya hanya kajian yang tidak berkesudahan kerana ini melibatkan kepentingan rakyat.
“Kita akan tunggu dalam bajet tahun 2015, agar dimasukkan cadangan ini dan seterusnya dilaksanakan secepat mungkin kerana banyak hal berkaitan rakyat akan dapat dilaksanakan.
Dan jika sekiranya tidak ada apa-apa tindakan susulan dan jangka masa terdekat, kita menganggap transformasi yang dilaung-laungkan oleh MB hanyalah retorik atau slogan pengenalan sebagai menteri besar yang baru dilantik sahaja,” ujar beliau.
Sidang Dun Negeri Terengganu akan berlangsung selama dua hari bermula 23 September sehingga 24 September.

Saturday, September 20, 2014

Sesi penggulungan muktamar

Muktamar PAS ke-60

Pengerusi Lajnah Tarbiyyah Ustaz Idris Ahmad, menekankan supaya tarbiyyah dikalangan ahli terutama ahli-ahli yang baru, yang pada pandangan beliau terkeliru kerana kurangnya tarbiyyah ini.
Menurut beliau lagi, ada ahli baru yang masuk PAS terus sibuk dengan tahaluf siyasi tetapi meninggalkan tarbiyyah.
Manakala Pengerusi Lajnah Peneroka Dan Orang Asal, Mazlan Aliman, memohon agar pimpinan menumpukan kepada masalah rakyat dan jangan diabaikan dengan hal pertikaian yang lain agar tidak ditohmah bahawa PAS ini hanya retorik semata2.
Ketua Penerangan PAS pula, Haji Mahfuz Omar menegur perwakilan berkaitan kualiti dan cara membuat usul yang masih lagi dianggap sebagai ketinggalan zaman sedangkan Muktamar telah mencapai ulangtahun ke 60.
Secara jujur, beliau mengajak ahli-ahli supaya bersama Lajnah Penerangan bagi menumpukan usaha memulihkan balik imej PAS yang ternyata telah tercalar disebabkan isu menteri besar Selangor.
Satu rancangan menarik dari Lajnah Kebajikan, dikemukakan oleh Pengerusinya Dr Mariah Mahmud ialah rancangan untuk melaksanakan Dana Murabbitun iaitu dana khusus untuk ahli-ahli PAS yang bertugas sepenuh masa dengan parti yang komited.
Rancangan ini menurut beliau akan dilebarkan lagi ke seluruh negeri, bermaksud khusus bagi membantu petugas-petugas pas sepenuh masa bagi meringankan beban keperluan mereka.
Skim Infaq SMS yang telah dilancarkan pada muktamar ini adalah satu usaha yang diharap dapat menambah disebarluaskan ke seluruh cawangan bagi memberi peluang bagi ramai orang untuk turut sama  menderma kepada PAS.
Bagi menjayakan rancangan ini supaya lebih berkembang, maka Bendahari PAS Pusat Haji Asmuni Awi berharap dapat dijadikan amalan ketika ceramah untuk mengajak pendengar menderma melalui sms ini dengan menaip PAS5 atau PAS3 dan hantar ke 33610.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pula menghargai kepercayaan oleh PAS Pusat kepada DHPP bagi melaksanakan tanggungjawab bersama untuk bergerak ke hadapan bagi membina negara yang lebih baik dari semua sudut.
Bagi DHPP, kepercayaan yang diberikan akan dipikul dengan sebaik mungkin kerana bukan senang untuk mendapat kepercayaan seperti ini.
DHPP juga berharap tiada perpecahan dalaman yang merugikan jemaah kerana masyarakat memerhatikan perkembangan PAS.
Manakala Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat lebih memilih untuk menjawab permasalahan dalaman yang berlaku dan cadangan penyelesaian bagi mengenepikan fitnah yang berlaku.
Dewan Muslimat PAS Pusat (DPMM) pula memberikan ikrar menyokong penuh presiden dan turut mencadangkan supaya diberikan satu tempat khusus kepada DPMM bagi kerusi Naib Presiden.
Sementara itu Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak semua ahli agar mengurangkan musuh dengan menghormati keputusan sultan Selangor walau apapun keputusannya.
Dr Mahfuz Mohamad yang mewakili DUPP turut memuji DHPP yang disifatkan beliau semakin mantap kerana pertambahan ilmu yang telah ditunjukkan mereka.
Naib Presiden III Dato’ Paduka Husam Musa mengambil kesempatan menerangkan tentang soalan berkaitan pembinaan Kompleks PAS di Hulu Langat.
Kompleks itu menurut beliau menghadapi masalah sekatan kepada tanah kerana pada asalnya tanah itu adalah dalam kategori status pertanian.
Setelah permohonan bagi menukar status pertanian kepada bangunan diluluskan oleh majlis daerah pada tahun 2014, maka timbul pula masalah berkaitan bayaran premium.
Beliau kemudiannya memohon agar tidak menyebarkan fitnah bahawa hal berkaitan tanah itu supaya keharmonian jemaah terjaga.
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Naib Presiden II pula menggunakan sepenuhnya masa yang diberikan menasihati ahli-ahli dengan gaya yang sangat menarik, bersahaja tetapi berterus terang selepas sindiran nakal beliau.
Kesimpulan nasihat Dato’ Tuan Ibrahim ialah mengelak segala perbalahan dari dapat dilihat oleh pihak luar kerana perbalahan itu biasa tetapi cara orang memandang perbalahan itu yang akan menimbulkan fitnah kepada ahli-ahli.
Naib Presiden I, Haji Sallehudin Ayub mencabar kepada pihak-pihak yang suka menghentam pihak yang berlainan pendapat dengan mereka supaya diadakan majlis ilmu, perbincangan ataupun debat samada secara terbuka ataupun tertutup.
Bagi beliau cara  itu lebih adil bagi pihak yang dituduh bagi mereka membuktikan fakta atau pendapat mereka adalah benar dan inilah cara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang pemberani.
Dato’ Mustaffa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS pada ucapan penggulungan beliau telah menepis dakwaan atau fitnah kepada presiden yang mana dikatakan Terengganu, Kedah dan Perak kalah kerana presiden.
Formula Terengganu dedah beliau adalah penyebab kepada kejatuhan Terengganu yang turut mahu digunakan dalam PRU 13 di Selangor tetapi berjaya dihalang.
Antara caranya ialah mereka daftarkan pengundi luar secara beramai-ramai dan menyebabkan Terengganu kalah disamping beliau tidak menafikan adanya kelemahan-kelemahan lain.
Manakala di Perak pula, kekalahan itu berpunca dari dua orang wakil rakyat PKT dan satu dari DAP yang lari kepada BN dan ianya tiada kena mengena dengan presiden PAS.
Sementara itu isu di Kedah, PAS Pusat telah bercadang untuk menukar Ustaz Azizan dengan Datuk Mahfuz Omar tetapi Datuk Mahfuz menolak cadangan bertanding di dua kerusi yang mana perkara ini tidak dimaklumkan kepada ahli.
Sambil beliau menegaskan sekali lagi presiden mempunyai kuasa penentu beliau juga mendedahkan hampir tiada keputusan sebelum isu menteri besar Selangor ini, dilakukan secara berseorangan oleh presiden.
Oleh itu beliau meminta agar semua perselisihan faham dan pertikaian dalaman parti ditamatkan dengan segera dan kembali merapatkan saf kerana jemaah memerlukan semua ahli dan kepakaran mereka bagi menentang kezaliman.
Mengambil tempat penggulungan selepas Setiausaha Agung, Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden menyatakan keterbukaan sikap terhadap semua kritikan dan komen-komen yang ditujukan kepada beliau.
Beliau tidak mahu mengambil peduli tentang hal itu, sebaliknya beliau mahukan semua bersatu bagi menegakkan hukum Allah dan melawan musuh yang sebenarnya.
Nasihat daripada Timbalan Mursyidul Am sungguh mendalam dengan mengajak para perwakilan dan ahli agar menjadi manusia yang mulia kerana tidak ada yang kekal.
Beliau juga menasihatkan agar menginsafi akan sesuatu pakatan atau persefahaman itu tidak kekal sepertimana perkahwinan, ada yang wajib untuk berkahwin dan adakala berlaku perceraian dan ini berlaku tidak terkeluar dari kehendak Islam.
Majlis Syura Ulamak tegas beliau telah berbincang dan mesyuarat sebelum membuat keputusan menerima tahluf siasi yang mana menurutnya lagi selagi ianya tidak dilanggar dan MSU akan pastikan ianya bergerak atas landasan al-Quran dan sunnah.
MSU mengambil peranan bagi meredakan keadaan tegang dalam parti dengan mengadakan segera mesyuarat setelah perkara itu berlaku dan mengutuskan surat nasihat kepada individu-individu yang terlibat.
MSU amat mengharapkan agar memberikan ketaatan kepada arahan MSU dan tidak terpengaruh kepada media baru yang suka membuat fitnah dianggap beliau sebagai merosakkan hubungan sesama ahli PAS.
PAS akan terus kukuh dan berada dalam redha Allah selagi berpegang dengan al-Quran dan sunnah.

Friday, September 19, 2014

Luham akui Presiden punyai kuasa pemutus

Muktamar PAS ke-60:

 
Pengerusi Lajnah Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Haji Hanifa Maidin hari ini mengakui bahawa presiden PAS mempunyai kuasa pemutus bagi beberapa keadaan untuk membuat keputusan.
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika bangun menjawab soalan perwakilan dalam sesi penggulungan oleh ahli jawatankuasa pusat.
Akan tetapi menurut beliau kenyataan Luham tempohari yang menimbulkan polimik kepada situasi politik semasa ketika itu hanyalah inginkan pandangan Ajk Pusat yang lain turut diambil kira.
“Saya tidak nafikan presiden boleh buat keputusan,” kata beliau.
Akan tetapi bagi beliau, mengharapkan agar pandangan Luham dan Ajk PAS Pusat turut di ambil kira ketika mahu membuat keputusan sambil membacakan pindaan perlembagaan fasal 131 parti tahun 1983.
Berita lanjut akan menyusul.

Pemuda dan Ulamak hangatkan perbahasan sesi petang

Muktamar PAS ke-60 :

Walaupun Timbalan Mursyidul Am telah memberikan nasihat agar menghentikan perbahasan isu-isu berkaitan hal dalam parti, namun masih ada juga ucapan-ucapan yang disifatkan melawan nasihat itu.
Paling ketara apabila wakil Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzah yang dengan agak lantang masih membangkitkan perlakuan beberapa rakan pemuda yang meninggalkan dewan ketika ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden PAS tempohari.
Beliau kemudiannya membangkitkan pula isu pemilihan jawatan Menteri Besar Selangor dan mencadangkan supaya PAS menolak jawatan itu sekiranya sultan Selangor  menyerahkannya kepada wakil rakyat PAS.
Hal ini menimbulkan sedikit kekecohan dari perwakilan dan ramai yang menjawab “Tidak” apabila Sany bertanyakan setuju atau tidak dengan cadangannya itu.
Keadaan menjadi sedikit hingar bingar tetapi Pengerusi Tetap Muktamar Ustaz Abu Kassim Abdullah yang kaya dengan pengalaman itu berjaya mengawal keadaan dan semua perwakilan kembali bertenang.
Sementara itu, berlawanan dengan suara pemuda, Dewan Ulamak PAS melalui wakilnya Ustaz
Mokhtar Senik (kanan), mempertegaskan suara ulamak yang menyokong penuh kepimpinan presiden.
Pun begitu, Ustaz Mokhtar turut menjadikan perbahasannya sebagai membalas kutukan-kutukan dari pihak-pihak yang berkepentingan yang beliau anggap sebagai penghinaan kepada golongan ulamak.
Sambil beliau mengumpamakan tindakan sesetengah pihak terhadap ulamak seperti mengangkat bola tanggung dan kemudian melakukan “smash” ke atas mereka.
Namun beliau kembali kepada asas perbahasan dengan menekankan istiqamah jemaah ini dan sikapnya semestinya hanya di dalam Islam dan bukan dengan ideologi-ideologi lain.
“ Apa sebenar sikap kita?,” Soal beliau.
“Bila Erdogan menang di Turki, kita nak jadi Erdogan. Bila PKS menang di Indonesia, kita nak jadi PKS. Bila Jokowi menang, kita nak jadi Jokowi.
(Kita) mesti terus istiqamah walau apapun kemelut yang kita hadapi,” tegas beliau.
Sambil memetik sepotong hadis berkenaan ketaatan kepada pemimpin, beliau mengajak ahli-ahli PAS agar terus berpegang dengan Islam kerana tiada jalan pintas lain bagi mencapai kemenangan selain dari jalan Islam.
Ahli-ahli juga diingatkan agar mematikan segala fitnah berkaitan Unity Government (UG) dihapuskan dengan penegasan presiden dalam ucapan dasarnya bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno.
Perbahasan capan dasar presiden telah diterima sebulat suara oleh semua perwakilan, walaupun ada kedengaran desas desus ada pihak yang mungkin menolak ucapan dasar itu.

Wakil Terengganu tekankan pemahaman tahaluf siyasi

Muktamar PAS ke-60 :

 
Tiga penekanan kepada asas kesatuan fikrah dijelaskan oleh perwakilan dari Terengganu bagi memberikan kefaham yang lebih jelas kepada maksud sebenar tahaluf siasi ketika membahaskan ucapan dasar presiden sebentar tadi.
Perkara tersebut ialah pertama, PAS merujuk kepada rujukan Islam iaitu al-Quran dan sunnah.
Kedua, PAS adalah jemaah Islam dan yang ketiga Pakatan Rakyat  bukan jemaah Islam dan Pas hanya mempunyai tahaluf siasi sahaja dengan PKR dan DAP.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menjelaskan lagi, dalam tahaluf ini ulamak terbahagi kepada dua pandangan iaitu tidak boleh dan satu lagi boleh tetapi dengan bersyarat, tanpa ada ulamak yang mengatakan ianya harus tanpa syarat.
Kerjasama ini menurut beliau lagi ialah hanyalah kerjasama dalam politik sahaja, tidak lebih dari itu dan seharusnya kepada ketua parti masing-masinglah ketaatan dan wala’ itu mesti diberikan.
Seterusnya beliau memberikan amaran kepada sesetengah ahli agar tidak menjadi krisis yang berlaku dalam Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan kedudukan presiden, sebaliknya perlu sama-sama mempertahankan presiden.
“Jangan ada tangan PAS yang mengikut kepala DAP.
Kepala kita adalah presiden. Kepala PKR adalah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.
Jangan dikalangan tubuh yang ada pada PAS tiba-tiba mengikut kepala PKR dan DAP,” tegas beliau sambil disambut laungan takbir dari perwakilan.
Beliau yang juga wakil rakyat Bukit Payong Terengganu itu juga menempelak perwakilan yang marahkan Pemuda PAS yang memakai pakaian bertulis “Kami Sokong Presiden” dan “Kami Sokong Majlis Syura Ulamak”.
Sedangkan menurut beliau, tindakan pemuda itu adalah tanda sokongan kepada presiden dan Majlis Syura Ulamak sama seperti ketika demonstrasi menyatakan bantahan kepada Israel  atau sokongan kepada Palestin, iaitu menggunakan sepanduk dan tulisan.
Dengan sinis beliau mengatakan bahawa mereka yang marahkan kumpulan pemuda itu seperti orang yang memelihara hantu raya yang sangat takut apabila melihat ayat-ayat quran digantung di pintu-pintu rumah.
Mengakhiri ucapan beliau, beliau mengambil kesempatan bagi mengucapkan tahniah kepada presiden diatas perlantikannya sebagai Naib Pengerusi Ulamak Dunia baru-baru ini, sambil disambut gema takbir perwakilan tanda penghormatan kepada presiden.

Thursday, September 18, 2014

Kepimpinan ulamak perlu dihormati


Muktamar PAS Ke-60:
Keperluan bagi semua ahli PAS bagi menghormati kepimpinan ulamak sekali lagi ditegaskan oleh perwakilan kerana kepakaran ulamak dalam bidang mereka disamping tidak menkesampingkan gandingan dari professional.
Hal ini ditegaskan oleh perwakilan Pulau Pinang Izuri Ibrahim ketika mengambil bahagian membahaskan ucapan dasar presiden di Muktamar ke-60 pada hari kedua di Batu Pahat Johor hari ini.
“Bukan tak sayang kepada pesuruhjaya, Mat Sabu, tapi kepimpinan ulamak tetap dihormati,” tegas beliau sambil disambut laungan takbir oleh perwakilan lain.
Wakil Perlis pula Wan Kharizal Wan Khazim pula mengingatkan agar PAS Selangor tidak menerima jawatan MB Selangor agar PAS dilihat oleh penyokong PR berpegang teguh dengan keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.
Menurut beliau lagi sekarang ini, ahli-ahli PAS sudah tidak berani  masuk kedai kopi untuk berbincang tentang politik kerana mereka juga terkeliru dengan keputusan pimpinan.
Beliau akhirnya meminta agar pimpinan tidak mengeluarkan kenyataan yang berbeza, yang akhirnya menyebabkan ahli-ahli menjadi kebingungan.
Fadhli Shaari, (kiri) wakil Kelantan pula menghangatkan perbahasan pagi ini dengan bangkit mempertahankan presiden dengan gaya yang lantang dan bersemangat.
Beliau mempersoalkan sekumpulan ahli PAS yang berpakat mahu menjatuhkan presiden serta membawakan rakaman bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau.
Persoalan kerahsiaan dan amanah oleh sebahagian ahli juga dipersoalkan yang antara disebutkan seperti kaedah “print screen” yang terkadang sebelum mesyuarat selesai sudah ada keputusannya di blog dan beliau memohon agar dilakukan siasatan.

Serangkap pantun yang dibacakan beliau menarik perhatian perwakilan sebagai ingatan bagi mentaati presiden sendiri “ Bapa haruan, haruanlah dia, tidak sama bapa tenggiri, bapa orang, oranglah dia, tidak sama bapa sendiri”.
Kegagalan “Langkah Kajang” yang turut disentuh oleh beliau, sekaligus mengesahkan bahawa tindakan presiden adalah tepat dalam mencaturkan kemelut politik yang berlaku di negeri Selangor.