HEADER

HEADER

Saturday, July 11, 2015

PAS Bukit Payong ‘kejar’ pahala

Dalam satu hadis riwayat at-Tirmizi “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut”. Dan dalam surah al-Baqarah ayat 148 pula yang bermaksud “ Oleh itu berlumba-lumbalah kamu dalam mengerjakan kebaikan”. Kedua-dua ayat dan hadis ini telah menjadi sebagai pemangkin Ajk Majlis Tindakan Dun (MTD)...

Friday, July 3, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 30 : Bacaan Tiga Minit

Surah Ibrahim. Diturunkan di Mekah, mengandungi 52 ayat. Dinamakan Ibrahim bersempena nama Nabi Ibrahim mulai ayat 35. Al-Quran adalah gunanya bagi rasul mengeluarkan manusia dari kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan. Jangan kita jadi orang yang mengutamakan dunia, menghalang manusia dari agama Allah kerana itulah ciri-ciri orang yang sesat. Nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan kepada sesuatu kaum adalah dari kalangan mereka sendiri bagi memudahkan kefahaman. Hidayah dan dan kesesatan adalah milik Allah. Bani Israel mempunyai banyak...

Tadabbur Ringkas Quran 29 : Bacaan Tiga Minit

Muqaddimah Surah ar-Ra’d (Guruh). Diturunkan di Mekah, mengandungi 43 ayat. Pada permulaan surah, diberi pernyataan, langit yang dibina tiada bertiang, yang Dia bersemayam di atas arasy, menjaga peredaran cakerawala dan segala kuasa pentadbiran alam ini adalah ciptaan dan kepunyaan Allah. Sampai masa, semuanya akan musnah dan semua makhluk akan mengadap Allah. Pada bumi juga ada tanda-tanda, jika manusia mahu berfikir tentang kebesaran Allah. Tetapi yang menghairankan, orang kafir masih bertanya dengan keraguan adakah mereka yang telah mati...

Wednesday, July 1, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 28 : Bacaan Tiga Minit

Juzuk ke-13. Masih dalam surah Yusuf. Setelah Nabi Yusuf dibersihkan daripada fitnah dan keluar dari penjara yang mana dia kemudiannya dilantik oleh raja menjadi pembesar Mesir. Di sini ada sedikit perkara yang menarik iaitu Nabi Yusuf meminta supaya dia dijadikan sebagai penjaga perbendaharaan Mesir dalam ayat ke-55. Maka ayat ini dijadikan dalil harus seseorang itu jika benar-benar amanah boleh meminta jawatan yang ada padanya kebolehan untuk dia menjawat jawatan itu. Begitulah caranya Allah menaikkan martabat Nabi Yusuf dan Dia berkuasa memilih...