HEADER

HEADER

Sunday, June 28, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 27 : Bacaan Tiga Minit

Surah Yusuf. Diturunkan di Mekah, mengandungi 111 ayat. Kisah Nabi Yusuf memenuhi hampir keseluruhan surah ini. Allah menyatakan al-Quran diturunkan dalam bahasa arab untuk kita memahaminya. Menurut Tafsir al-Qaasimi, bahas arab adalah bahasa yang terbaik yang dapat menampung makna-makna dan rahsia-rahsia al-Quran yang sangat luas itu berbanding dengan bahasa lain. Diturunkan kepada rasulullah kisah yang indah dalam surah Yusuf ini, sedangkan nabi tidak tahu langsung akan peristiwa ini. Nabi Yusuf pernah bermimpi yang sebelas bintang, matahari dan...

Saturday, June 27, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 26 : Bacaan Tiga Minit

Kisah Nabi Hud dan kaumnya ‘Aad disebut dalam ayat ke 50 yang mana kaumnya juga menyembah selain dari Allah. Walaupun tidak meminta upah dari mereka, dakwah Nabi Hud tetap ditolak oleh kaumnya. Begitulah sikap kaum yang tidak mahu menggunakan akal. Kaum ‘Aad adalah kaum yang tinggal di semenanjung arab, dari kalangan manusia yang gagah, hidup bertani, tetapi hujan jarang turun. Tetapi dalam keadaan kekurangan hujan itupun, mereka masih menyekutukan Allah. Mereka tidak mempercayai Nabi Hud dan berkata Nabi Hud adalah seorang yang gila kerana dijadikan...

Tuesday, June 23, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 25 : Bacaan Tiga Minit

Surah Hud- Diturunkan di Mekah mengandungi 123 ayat. Dinamakan Hud bersempena peristiwa berkaitan Nabi Hud dalam ayat 50-60. Al-Quran ialah kitab sebuah kitab yang tersusun dengan ayat-ayat yang teguh dan dijelaskan maksudnya satu persatu dari Allah yang Maha Bijaksana. Ianya tidak akan berubah dan tidak akan dapat diubah maksudnya oleh sesiapapun. Dalam al-Quran dihuraikan kisah para nabi, iktiqad, hukum, nasihat dan banyak lagi. Ini adalah untuk memberikan kekuatan kepada manusia agar tidak menyembaha sesuatu yang lain daripada Allah. Dan...

Tadabbur Ringkas Quran 24 : Bacaan Tiga Minit

Ketika hari kiamat, penyembah-penyembah patung akan dikumpulkan dan segala patung-patung itu berkata sebagai melepaskan diri, yang kaum musyrik sembah itu, tidak lain hanyalah hawa nafsu mereka sendiri dan Allah sebagai saksi mereka. Dengan itu, hilanglah perkara rekaan mereka ketika hidup dulu. Kaum musyrik ketika di dunia, apabila ditanya siapakah yang menjadikan alam ini, mengaturnya, menghidup dan mematikan makhluk, pasti akan menjawab: Allah lah yang menguasai segalanya. Jadi apa sebabnya mereka tidak mahu bertaqwa? Dan apabila ditanya pula...

Sunday, June 21, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 23 : Bacaan Tiga Minit

Muqaddimah Surah Yunus. Dinamakan Yunus bersempena dengan nama salah seorang rasul iaitu Nabi Yunus. Diturunkan di Mekah dan mengandungi 109 ayat. Seperti kebiasaan, surah yang diturunkan di Mekah, isi kandungannya banyak berkaitan dengan soal aqidah manusia. Diketengahkan juga perihal kebenaran al-Quran ini sehinggakan sependek-pendek surah sekalipun, manusia tidak dapat membuat standing dengannya. Sirah para nabi ialah berjuang di jalan Allah dan pasti  mendapat tentangan dari manusia yang ingkar. Oleh itu para pejuang agama Allah mesti...

Saturday, June 20, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 22 : Bacaan Tiga Minit

Juzuk ke-11 masih lagi dalam surah at-Taubah. Golongan munafik bersegera mengadap rasulullah sebaik sahaja rasulullah pulang dari Perang Tabuk. Mereka memberikan pelbagai alasan berserta sumpah dengan nama Allah. Tetapi sebenarnya rasulullah telah mengetahui cerita disebaliknya. Maka rasulullah diperintahkan oleh Allah untuk menolak semua alasan mereka dan mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan diterima lagi untuk menyertai pasukan tentera Islam. Dan tempat mereka ialah neraka jahannam. Dalam golongan munafik itu, termasuklah juga kaum A’arab...

Wednesday, June 17, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 21 : Bacaan Tiga Minit

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam siri tadabbur ringkas Quran di blog Dun Bukit Payong. Kita menyambung tadabbur kita pada siri yang ke 21 setelah tahun lalu kita membawa 20 siri tadabbur. Bacaan tadabbur ini insyaAllah akan mengambil masa sekitar tiga minit sahaja untuk dihabiskan. Anda digalakkan untuk menyebarkan tulisan ini untuk kebaikan bersama. Untuk siri ke 21 ini kita menyambung perbincangan di dalam surah at-Taubah ayat ke 73. Allah telah memerintahkan rasulullah agar berjihad memerangi kaum munafik dan kafir. Dan bagi mereka (kafir...