HEADER

HEADER

Friday, October 30, 2015

Bersyukur terima sumbangan

Hati mana yang tidak gembira apabila diwaktu kewangan terdesak dan peralatan penting di rumah pula rosak, tiba-tiba mendapat jemputan ke majlis penerimaan sumbangan peralatan rumah. Begitulah luahan perasaan oleh Puan Hashimah Abdul Rahman 49, salah seorang penerima sumbangan barang keperluan rumah daripada Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong. Ibu tunggal yang masih mempunyai tanggungan yang bersekolah itu, melahirkan rasa syukur dan terima...

Friday, October 23, 2015

Kenali mana satu keutamaan

  Ahli PAS digesa untuk mengetahui yang mana satu perkara keutamaan dalam jemaah agar tidak terkeliru dalam membuat keputusan serta tidak terikut-ikut pemikiran orang yang menyeleweng. Demikian gesaan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berucap dalam Majlis Konvensyen Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Kemaman. Jelas beliau lagi dalam Islam ada kaedah yang...

Saturday, October 17, 2015

Ucapan bersemangat pimpinan gegarkan HF60K

Ucapan dalam program telah dimulakan oleh Pengarah Program Himpunan Fastaqim iaitu YB Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran yang begitu ramai pada malam ini. Seterusnya beliau juga percaya sekiranya ayahanda beliau masih hidup, pasti beliau akan gembira dengan perhimpunan yang begitu ramai ini Beliau yang jelas tidak dapat menahan rasa sedih kerana mengenang ayahanda beliau, sebak ketika...

Jangan bina jahiliyyah atas jahiliyyah

Itulah antara pesanan penting dari Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di Program Himpunan Fastaqim 60K. Atas maksud itulah beliau menekankan bahawa pembinaan negara melalui remaja dan belia mestilah melalui proses Islamisasi dan bukannya hanya menukar kerajaan semata-mata kerana cara begitu tidak akan berbeza dengan pemerintahan yang ada sekarang. Beliau juga banyak menyentuh berkenaan penyelewengan-penyelewengan...

Fastaqim 60K melebihi sasaran kehadiran

Menjelang solat isyak, kelihatan hampir segenap penjuru dan ruang Stadium Sultan Muhammad IV telah dipenuhi dengan para penyokong PAS yang telah datang dari segenap penjuru Malaysia. Dianggarkan sasaran 60 ribu kehadiran penyokong PAS dalam Program Himpunan Fastaqim 60K telah dicapai dan masih ada ramai lagi di luar stadium yang masih beratur untuk memasuki stadium. Selesai solat isyak berjemaah yang telah diimamkan oleh YAB Menteri Besar...

Wednesday, September 9, 2015

Pulau bebas cukai Tasik Kenyir bakal jual arak

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Jidin Shafee pada Sidang Dun Terengganu 8 September lalu, mengesahkan bahawa arak adalah antara barangan yang akan dijual di Zon Bebas Cukai Kenyir apabila ia mula beroperasi nanti. Tambah beliau lagi, selain daripada arak, barangan seperti rokok, kain batik, pakaian, kasut serta pelbagai barangan lain turut akan dijual di sana. Beliau menjawab soalan tambahan oleh wakil Wakaf...

Kerajaan tidak berhasrat minta royalti 20 peratus

Kerajaan hari ini melalui kenyataan YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman secara jelas menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk meminta royalti sebanyak 20 peratus seperti kerajaan Sarawak lakukan. Menjawab soalan tambahan oleh wakil Wakaf Mempelam, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, yang bertanyakan adakah kerajaan negeri akan mengikut jejak langkah kerajaan Sarawak yang meminta 20 peratus royalti, Ahmad Razif menegaskan...

Saturday, July 11, 2015

PAS Bukit Payong ‘kejar’ pahala

Dalam satu hadis riwayat at-Tirmizi “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut”. Dan dalam surah al-Baqarah ayat 148 pula yang bermaksud “ Oleh itu berlumba-lumbalah kamu dalam mengerjakan kebaikan”. Kedua-dua ayat dan hadis ini telah menjadi sebagai pemangkin Ajk Majlis Tindakan Dun (MTD)...

Friday, July 3, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 30 : Bacaan Tiga Minit

Surah Ibrahim. Diturunkan di Mekah, mengandungi 52 ayat. Dinamakan Ibrahim bersempena nama Nabi Ibrahim mulai ayat 35. Al-Quran adalah gunanya bagi rasul mengeluarkan manusia dari kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan. Jangan kita jadi orang yang mengutamakan dunia, menghalang manusia dari agama Allah kerana itulah ciri-ciri orang yang sesat. Nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan kepada sesuatu kaum adalah dari kalangan mereka sendiri bagi memudahkan kefahaman. Hidayah dan dan kesesatan adalah milik Allah. Bani Israel mempunyai banyak...

Tadabbur Ringkas Quran 29 : Bacaan Tiga Minit

Muqaddimah Surah ar-Ra’d (Guruh). Diturunkan di Mekah, mengandungi 43 ayat. Pada permulaan surah, diberi pernyataan, langit yang dibina tiada bertiang, yang Dia bersemayam di atas arasy, menjaga peredaran cakerawala dan segala kuasa pentadbiran alam ini adalah ciptaan dan kepunyaan Allah. Sampai masa, semuanya akan musnah dan semua makhluk akan mengadap Allah. Pada bumi juga ada tanda-tanda, jika manusia mahu berfikir tentang kebesaran Allah. Tetapi yang menghairankan, orang kafir masih bertanya dengan keraguan adakah mereka yang telah mati...

Wednesday, July 1, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 28 : Bacaan Tiga Minit

Juzuk ke-13. Masih dalam surah Yusuf. Setelah Nabi Yusuf dibersihkan daripada fitnah dan keluar dari penjara yang mana dia kemudiannya dilantik oleh raja menjadi pembesar Mesir. Di sini ada sedikit perkara yang menarik iaitu Nabi Yusuf meminta supaya dia dijadikan sebagai penjaga perbendaharaan Mesir dalam ayat ke-55. Maka ayat ini dijadikan dalil harus seseorang itu jika benar-benar amanah boleh meminta jawatan yang ada padanya kebolehan untuk dia menjawat jawatan itu. Begitulah caranya Allah menaikkan martabat Nabi Yusuf dan Dia berkuasa memilih...

Sunday, June 28, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 27 : Bacaan Tiga Minit

Surah Yusuf. Diturunkan di Mekah, mengandungi 111 ayat. Kisah Nabi Yusuf memenuhi hampir keseluruhan surah ini. Allah menyatakan al-Quran diturunkan dalam bahasa arab untuk kita memahaminya. Menurut Tafsir al-Qaasimi, bahas arab adalah bahasa yang terbaik yang dapat menampung makna-makna dan rahsia-rahsia al-Quran yang sangat luas itu berbanding dengan bahasa lain. Diturunkan kepada rasulullah kisah yang indah dalam surah Yusuf ini, sedangkan nabi tidak tahu langsung akan peristiwa ini. Nabi Yusuf pernah bermimpi yang sebelas bintang, matahari dan...

Saturday, June 27, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 26 : Bacaan Tiga Minit

Kisah Nabi Hud dan kaumnya ‘Aad disebut dalam ayat ke 50 yang mana kaumnya juga menyembah selain dari Allah. Walaupun tidak meminta upah dari mereka, dakwah Nabi Hud tetap ditolak oleh kaumnya. Begitulah sikap kaum yang tidak mahu menggunakan akal. Kaum ‘Aad adalah kaum yang tinggal di semenanjung arab, dari kalangan manusia yang gagah, hidup bertani, tetapi hujan jarang turun. Tetapi dalam keadaan kekurangan hujan itupun, mereka masih menyekutukan Allah. Mereka tidak mempercayai Nabi Hud dan berkata Nabi Hud adalah seorang yang gila kerana dijadikan...

Tuesday, June 23, 2015

Tadabbur Ringkas Quran 25 : Bacaan Tiga Minit

Surah Hud- Diturunkan di Mekah mengandungi 123 ayat. Dinamakan Hud bersempena peristiwa berkaitan Nabi Hud dalam ayat 50-60. Al-Quran ialah kitab sebuah kitab yang tersusun dengan ayat-ayat yang teguh dan dijelaskan maksudnya satu persatu dari Allah yang Maha Bijaksana. Ianya tidak akan berubah dan tidak akan dapat diubah maksudnya oleh sesiapapun. Dalam al-Quran dihuraikan kisah para nabi, iktiqad, hukum, nasihat dan banyak lagi. Ini adalah untuk memberikan kekuatan kepada manusia agar tidak menyembaha sesuatu yang lain daripada Allah. Dan...

Tadabbur Ringkas Quran 24 : Bacaan Tiga Minit

Ketika hari kiamat, penyembah-penyembah patung akan dikumpulkan dan segala patung-patung itu berkata sebagai melepaskan diri, yang kaum musyrik sembah itu, tidak lain hanyalah hawa nafsu mereka sendiri dan Allah sebagai saksi mereka. Dengan itu, hilanglah perkara rekaan mereka ketika hidup dulu. Kaum musyrik ketika di dunia, apabila ditanya siapakah yang menjadikan alam ini, mengaturnya, menghidup dan mematikan makhluk, pasti akan menjawab: Allah lah yang menguasai segalanya. Jadi apa sebabnya mereka tidak mahu bertaqwa? Dan apabila ditanya pula...