HEADER

HEADER

Sunday, December 28, 2014

‘Konvoi Besar’ misi bantuan Marang ke Kelantan

  Oleh : NHA MARANG – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melepaskan ‘Konvoi besar’ Misi Bantuan Banjir PAS Kawasan Marang telah bergerak dari masjid Rusila menuju ke Jajahan Pasir Mas dan Kuala Kerai, Kelantan Darul Naim.   Perjalanan mereka bermula dari masjid Rusila dekat sini pada pagi Ahad 28 Disember telah selamat menyampaikan sumbangan dan bantuan berupa makanan dan pakaian serta wang ringgit kepada kedua-dua...

Sunday, December 14, 2014

Rehlah Tarbawi : Pelancongan berilmu yang menyeronokkan

Bersempena cuti persekolahan akhir tahun yang agak panjang, ramai dari kalangan rakyat Malaysia memilih untuk menghabiskan cuti ini bersama keluarga melancong ke destinasi terpilih bagi mengeratkan kasih sayang mereka sekeluarga. Tidak ketinggalan juga kepada ahli PAS Kawasan Marang yang telah mengadakan program yang dinamakan Rehlah Tarbawi iaitu konvoi peserta program ini dari Rusila, Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Dalam...

Tuesday, December 9, 2014

Bajet : MB tidak sensitif isu royalti

Pembentangan bajet 2015 bagi negeri Terengganu semalam dilihat tidak begitu memberangsangkan kerana masih banyak lompang yang terdapat didalamnya terutama dalam isu berkaitan jumlah bajet, bonus dan juga royalti. Jumlah bajet keseluruhan lebih besar dari negeri Selangor itu dilihat tidak berkadar terus dengan pembangunan serta bonus setengah bulan kepada kakitangan kerajaan, berbanding Selangor yang memperuntukan sebulan setengah gaji. Demikian...

Monday, December 8, 2014

Khatan beramai-ramai bagi tahun ke 26 :

Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong melalui Lajnah Kebajikan, telah mengadakan program berkhatan beramai-ramai bersempena cuti sekolah akhir tahun baru-baru ini. Program tersebut telah disertai oleh kira-kira 55 orang kanak-kanak dari seluruh Dun Bukit Payong dan mengambil masa dua hari bagi mengkhatankan kesemua peserta tersebut. Menurut seorang petugas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Payong, Aziz Mamat, program kali ini ialah program kali...

Sunday, December 7, 2014

TTB masih menyekat elaun imam dan bilal

Konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang sedang diterapkan oleh kerajaan Terengganu pimpinan Menteri Besar baharu, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dilihat masih menekan pihak-pihak tertentu. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila sehingga kini, masih terdapat sebahagian imam dan bilal yang disekat elaun bulanan mereka oleh kerajaan negeri walaupun mereka berkhidmat sepenuh masa di masjid-masjid kerajaan negeri. Wakil Bukit Payong YB...

Wakil Bukit Payong bangkitkan masalah banjir

Wakil Rakyat Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah hari ini membangkitkan masalah banjir yang kelihatannya tidak berkesudahan apabila setelah beberapa kali diajukan masalah tersebut dalam Sidang Dun yang lalu. Beliau yang bangkit mengemukakan masalah tersebut dalam soalan tambahan dari soalan asal berkenaan masalah penduduk tanah rendah dan di tebing sungai sekitar Setiu oleh wakil Langkap YB Dato’ Sabri Mohd Nor. Ustaz Mohd Nor mengambil contoh jalan...

Bicara kes saman Presiden PAS, wakil Kosmo hadir

Perbicaraan kes saman melibatkan Presden PAS berkaitan isu pil kuda oleh bekas calon PKR di Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin, hari ini menyaksikan kehadiran  buat pertama kalinya wakil dari akhbar Kosmo yang gagal hadir sebelum ini. Lokman Riduan Mohd Nor hadir sebagai wakil Kosmo dan sekaligus bertindak sebagai saksi plaintif setelah sebelum ini dua kali tidak hadir sehinggakan hakim telah mengeluarkan waran. Prosiding menyoal saksi yang berlangsung kira-kira 10 minit  melibatkan Lokman dan kedua-dua peguam plaintif dan defendan...

Monday, December 1, 2014

Audit cawangan, gerak kerja kerana Allah

(Jabatan Amal adalah ikon PAS dalam melaksanakan kerja sukarela tanpa mengira masa dan tempat) Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong mengambil langkah proaktif bagi mendepani cabaran pilihanraya umum ke-14 dengan mengadakan program audit cawangan-cawangan PAS yang berada dalam Dun Bukit Payong. Program audit ini menunjukkan kesungguhan PAS Dun Bukit Payong untuk mengekalkan malah meraih lebih banyak sokongan daripada masyarakat dalam membawa...