HEADER

HEADER

Sunday, November 30, 2014

Pelajar cemerlang UPSRI dirai

(Pelajar terbaik akademik keseluruhan DAR di Terengganu Aisha Binti Amzam ditemani ayahnya menerima Anugerah Tuan Guru Dato' Haji Harun Taib dari Dato' Hussain Awang) Satu majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi pelajar-pelajar yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) telah diadakan di Madrasah Darul Iman Titian Baru, Kedai Buloh. Majlis bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar-pelajar...

MDI kutip lebih 11 ribu

(YB Alias Harun menyampaikan ucapan perasmian)   Lebih RM11 ribu hasil daripada julan kupon makan malam dan juga kutipan daripada derma-derma yang dijalankan sejak beberapa minggu lalu, telah berjaya dikumpul oleh Madrasah Darul Iman (MDI) menerusi program Makan Malam Sambil Menderma. Majlis makan malam seumpamanya itu telah beberapa kali diadakan sebelum ini dan sentiasa mendapat sambutan hangat daripada penderma baik di sekitar Bukit...

Saturday, November 29, 2014

Ahli gesa PAS kawasan manafaatkan media

Salah seorang ahli PAS yang menjadi peserta Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS ke – 60 bagi Kawasan Hulu Terengganu, menggesa agar PAS kawasan menggunakan sebaik mungkin media sebagai alat bagi memasyarakatkan PAS. Gesaan itu dibuat oleh wakil dari Ajil,  Abdullah Mohktar (kiri) yang bangun ketika sesi soal jawab dan berkongsi pandangan dengan ahli panel dan peserta lain. Beliau memberikan contoh Sinar Harian yang cara pemberitaannya...

Munaqasyah Ucapan Dasar, ahli digesa lebihkan usaha

Dr Riduan sedang menyampaikan ucapannya kepada ahli-ahli PAS Hulu Terengganu   Satu majlis yang dinamakan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS ke - 60 bagi Kawasan Hulu Terengganu telah berlangsung  di Pejabat PAS Kawasan Hulu Terengganu di Taman Kenangan, Kuala Brang. Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang ahli PAS dari seluruh Hulu Terengganu itu bertujuan bagi menerangkan inti pati ucapan dasar presiden bagi ahli-ahli...

Saturday, November 22, 2014

Penduduk jemu menunggu, ambil langkah proaktif

Dek kerana tiada tindakan dari pihak berkuasa ke atas aduan yang telah dibuat berkenaan longkang tersumbat, maka beberapa penduduk Kampung Sungai, Atas Tol mengambil inisiatif membersih longkang beramai-ramai. Mereka melakukan kerja pembersihan itu secara bergotong-royong itu kerana aduan yang di buat oleh Wakil Rakyat Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah kepada pihak berkuasa sejak hampir sebulan lalu, tidak mendapat respon. Berkebetulan...

Friday, November 21, 2014

Hak rakyat dan istana Terengganu dicabul

Bismillah Saya merujuk kepada berita yang disiarkan oleh New York Times 19 November 2014 lalu yang secara khusus membincangkan perihal kepincangan yang berlaku dalam pengurusan kerajaan Negeri Terengganu dalam hal melombong bijih besi di Bukit Besi Terengganu yang telah diberikan hak kepada syarikat yang berasal dari China dan berpengkalan di Pahang CAA Resources. Dalam laporan oleh Keith Bradsher itu, beliau menyentuh berkenaan isu industri ini bakal dipenuhi dengan pekerja warga asing, cara mengelak dari dikenakan pemeriksaan kesan ke atas...

Thursday, November 20, 2014

Kajian tinggal kajian, kawasan tetap banjir

    Kajian yang dikatakan telah dilakukan sejak dahulu lagi bagi membina sistem peparitan yang sempurna di belakang kawasan perumahan Taman Mas Bukit Payong hanya tinggal kajian sahaja. Masakan tidak, apabila datang musim tengkujuh, cerita yang sama berulang-ulang iaitu Taman Mas, akan dinaiki air yang menyebabkan sebahagian rumah yang terletak di tanah rendah di situ, akan dimasuki air. Menurut seorang penduduk di situ yang...

Wednesday, November 19, 2014

Tindakan pantas YB legakan mangsa banjir

(Ustaz Mohd Nor sedang berbincang bagi mempercepatkan aliran air)   Tindakan pantas Wakil Rakyat Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, telah berjaya mengurangkan limpahan air hujan yang tersekat kerana tiada aliran air yang betul. Perkara ini berlaku ketika beliau melakukan lawatan keatas mangsa-mangsa banjir di Kampung Pulai Tinggi yang mana air bertakung dengan banyaknya dan telah menyebabkan kawasan yang tidak sepatutnya dinaiki...

Tuesday, November 18, 2014

Banjir : Bukit Payong aktifkan bilik gerakan

Hujan yang berterusan selama beberapa hari bermula Jumaat lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di Bukit Payong mula dinaiki air dan mengakibatkan sebahagian kecil penduduk telah diarahkan berpindah. Sehingga tengah malam 18 November, sebanyak 81 keluarga yang keseluruhannya berjumlah 384 orang didaftarkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Seri Payong. Mereka dikenal pasti datang dari kawasan sekitar Pekan Bukit Payong seperti kawasan...

Thursday, November 6, 2014

Kenyataan Media : Kes buli, apa kesudahannya?

  Kami memandang serius dan sedih atas kejadian buli yang menjadi viral di dalam media sosial baru-baru ini. Sebelum ini telahpun ada kejadian seperti itu yang telah dirakamkan seperti yang berlaku di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Rupanya ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah lebih banyak rakaman-rakaman kes buli ini telah disebarkan di media sosial.   Kami mencadangkan agar Kementerian Pelajaran lebih berperanan dalam menekankan aspek disiplin di sekolah-sekolah. Beberapa kempen yang telah dijalankan oleh Kementerian...