HEADER

HEADER

Thursday, October 30, 2014

Adun ziarah mangsa kebakaran

Beginilah keadaan rumah Masitah dimakan api yang marak kerana dibakar anak sendiri   Titian Baru : Kebiasaannya kita mendengar kejadian rumah terbakar berpunca dari bencana seperti dipanah petir, litar pintas atau terlupa mematikan api di dapur, tetapi kali ini lain pulak ceritanya. Sebuah rumah telah dibakar anak kandungnya sendiri, dan itulah nasib yang menimpa Masitah Muda 58 tahun yang bukan sahaja telah kehilangan rumahnya malah...

Friday, October 24, 2014

ARC Terengganu menang peserta teramai

Alternative Riding Club (ARC) Terengganu baru-baru ini telah mengadakan satu konvoi  ke Pantai Balok, Kuantan bagi menyertai Perhimpunan ARC Peringkat Pusat anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia.   Perhimpunan yang diadakan untuk kali keempat itu, telah berjaya mengumpulkan seramai  560 orang penunggang dari seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia.   ARC adalah salah satu cabang dari Lajnah Department of Arts, Culture and Sports...

Perutusan Maal Hijrah : Hijrah Menuntut Istiqamah

Bismillah Menelusuri perjalanan hijrah rasulullah dan para sahabat baginda r.a, kita terpaksa mengakui kegetiran yang dihadapi mereka tiadalah bandingannya dengan apa yang kita lalui sekarang sebagai pengorbanan di jalan Allah. Ujian yang ditempuhi mereka, bukan sahaja melibatkan kekuatan fizikal, malah turut terpaksa mengorbankan harta benda, meninggalkan tanah air tercinta dan juga saudara mara. Apakah yang mereka dapat dari penghijrahan ini? Jika dilihat dari kacamata dunia, perkara ini adalah sia-sia. Menyusahkan diri dengan meninggalkan...

Thursday, October 9, 2014

Perbicaraan saman Presiden PAS ditangguh, saksi plaintif tak hadir

Perbicaraan kes saman bekas calon PKR di Bukit Besi pada PRU 13, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada tarikh 28 Oktober ini. Penangguhan itu diputuskan oleh hakim yang mengendalikan kes saman ini iaitu Yang Arif Dato’ Mohd. Yazid Mustafa di dalam kamarnya setelah beliau memanggil peguam kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam kes ini. Saksi bagi pihak palintif iaitu wartawan...

Wednesday, October 8, 2014

Bicara kes saman Presiden PAS, peguambela puashati

Peguam Presiden PAS, Haji Asmuni Awi berpuashati dengan perjalanan perbicaraan writ dalam kes saman berkaitan fitnah pil kuda yang melibatkan seorang bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Presiden PAS pada pilihanraya umum ke-13 lalu. Beliau yang ditemui selepas penangguhan perbicaraan itu menjelaskan, pihak plaintif telahpun mengemukakan tiga orang saksi bagi perbicaraan pada sebelah pagi. “Alhamdulillah pada pagi tadi perbicaraan...

Saturday, October 4, 2014

Alasan bodoh kenaikan minyak, menteri sila letak jawatan

Kerajaan Malaysia sekarang ialah kerajaan yang tidak berpijak di bumi yang nyata, dengan memberikan alasan yang dianggap tidak cerdik apabila harga minyak dinaikkan bagi mengula-gulakan rakyat. Kenyataan-kenyataan itu tidak mencerminkan kehendak majoriti rakyat yang mana sekaligus menggambarkan menteri-menteri ini gagal memahami kesusahan rakyat ketika rakyat bergelut dengan kesusuhan. Begitulah antara komen dari Naib Presiden PAS Dato’ Tuan...

Wednesday, October 1, 2014

PAS ingin menyelamatkan manusia:

  PAS ialah sebuah badan dakwah, tarbiyyah dan juga politik, sebenarnya menumpukan kepada tugas-tugas menyelamatkan manusia melalui agama secara amnya disebalik berperanan sebagai parti politik. Peranan besar PAS sebagai ejen dakwah itu telah bermula sejak dahulu lagi, sebagai menyambung langkah ulamak-ulamak terdahulu dalam perjalanan dakwah mereka yang panjang dan penuh liku-liku. Begitulah antara petikan ucapan Pengarah Majlis Tindakan...