HEADER

HEADER

Friday, August 29, 2014

Perutusan Hari Kemerdekaan “ Malaysiaku Minda Merdeka”

Bismillah Kita bakal menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia bagi yang ke 57 kalinya. Kita dikatakan telah bebas dan merdeka dari penjajahan dan kita telah menjadi negara yang berdaulat hasil dari kemerdekaan ini. Secara teori kita sepatutnya telah bebas zahir dan batin dari penjajahan bangsa luar. Kita bangga dengan kebebasan ini dan kita sedaya upaya akan mempertahankannya. Alhamdulillah sehingga kini kita masih menyedut udara kebebasan ini. Dengan adanya kemerdekaan ini, kita boleh membina negara kita sendiri dengan acuan yang kita...

Saturday, August 23, 2014

Sokongan kepada cadangan memecat keahlian dua Adun PAS Selangor

Bismillah Saya selaku Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) menyokong penuh saranan Pesuruhjaya BPPNT YB Ustaz Satiful Bahari Mamat, bagi memecat keahlian dua orang Adun PAS dari Selangor iaitu Adun Hulu Kelang YB Shaari Sungib dan Adun Morib, YB Hasnul Baharuddin berkaitan isu menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa perbincangan dan persetujuan PAS Pusat baru-baru ini. Hal ini adalah kerana mereka telah menyalahi adab berjemaah yang mana mereka telah mendahului keputusan PAS dalam krisis yang...

Sunday, August 10, 2014

SURAT TERBUKA UNTUK PEMIMPIN DAN AHLI PAS

Sahabatku Pemimpin dan Ahli PAS, Kita semua menyedari sebab utama penyertaan kita dengan PAS kerana PAS adalah jemaah Islam  yang berusaha  untuk mengumpulkan ummah untuk menegakkan tuntutan Islam dan syariat Allah. PAS bergerak di landasan yang bersumberkan rujukan asas Islam iaitu Al-Quraan, Hadis, Ijma dan Qias. PAS berpolitik yang didasari dengan prinsip-prinsip Syara’ dan kaedah-kaedah fekah. PAS sentiasa mengingatkan kita dengan firman Allah : ”Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil...

Monday, August 4, 2014

Lebih 3000 serbu Rumah Terbuka DUN Bukit Payong

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sibuk melayan tetamu samada di meja tetamu kenamaan atau tetamu di meja orang ramai   Dalam masa kira-kira tiga jam Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bukit Payong diadakan, bermula dari jam 11 pagi hingga jam 2 petang, seramai lebih daripada 3000 orang pengunjung telah hadir bagi sama-sama memeriahkannya. Pun begitu, walaupun sudah melebihi jam 2 petang, masih ada lagi kelihatan tetamu yang baru hadir ke majlis tersebut. Kemeriahannya...