HEADER

HEADER

Wednesday, July 30, 2014

Perantau Bukit Payong dirai

Sebahagian dari perantau yang menghadiri majlis Aidilfitri anjuran MTD Bukit Payong   Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Bukit (MTD) Payong baru-baru ini telah mengadakan majlis sambutan sempena aidilfitri bagi meraikan kepulangan perantau-perantau anak kelahiran Bukit Payong. Majlis yang diadakan selepas solat Isyak di perkarangan Madrasah Titian Baru itu, telah dihadiri oleh kira-kira 120 orang perantau bersama ahli keluarga mereka. Adun...

Saturday, July 26, 2014

Perutusan Eidul Fitri Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd Alhamdulillah segala puji kepada Allah tuhan yang mentadbir alam ini. Kita sekali lagi diberi kesempatan bagi menyambut kedatangan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw serta keluarga dan juga para sahabat baginda. Dikesempatan ini, saya mewakili Majlis Tindakan DUN Bukit Payong serta keluarga saya, ingin mengucapkan Eid Mubarak kepada semua penduduk...

Wednesday, July 23, 2014

Tadabbur Ringkas Al-Quran 20 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Sambungan at-Taubah. Untuk kali ini, banyak perkara yang Allah dedahkan berkaitan ciri-ciri dan perangai sebenar orang-orang munafik. Dalam ayat ke36 Allah menerangkan akan empat bulan yang dihormati dalam 12 bulan yang Dia ciptakan ketika mencipta langit dan bumi. Maka dilarang bagi manusia berbuat khianat dalam empat bulan tersebut. Allah murka kepada orang kafir yang suka mengubah bulan-bulan haram ini mengikut citarasanya dan mereka akan menggantikannya dengan bulan lain pula. Syaitan memperhiaskan perbuatan mereka ini agar nampak baik...

Tuesday, July 22, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 19 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Surah at-Taubah mengandungi 129 ayat dan diturunkan di Madinah. Dinamakan dengan at-Taubah adalah kerana ia berkait dengan satu peristiwa satu kumpulan kecil sahabat rasulullah yang telah diterima taubatnya oleh Allah kerana salah laku mereka tidak menyertai perang Tabuk. Juga dinamakan surah Baraa’ah (Pemutusan Tanggungjawab) iaitu yang bermaksud Pembatalan Perjanjian. Antara intisari penting dalam surah ini ialah Islam tidak boleh dipermain-mainkan apabila pihak kafir memutuskan perjanjian dan mereka diberi amaran dan tempoh selama...

Saturday, July 19, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 18 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Masih dalam surah al-Anfaal pada permulaan juzuk ke 10. Allah memberitahu cara pembahagian harta rampasan perang iaitu padanya ada bahagian Allah dan rasul, ahlul bait, anak-anak yatim, orang miskin serta ibnus sabil. Diingatkan lagi oleh Allah bahawa pertemuan yang tidak dijangka antara tentera musyrikin dengan tentera Islam itu sebenarnya untuk membinasakan kaum musyrikin dan menghidupkan golongan Muslim bagi membuktikan kebenaranNya. Apabila bertemu musuh, kita orang Islam mesti teguh pendirian bagi menentang mereka. Mesti ikut perintah...

Friday, July 18, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 17 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Surah al-Anfal (Harta Rampasan Perang) diturunkan di Madinah sebanyak 75 ayat. Dinamakan al-Anfal kerana di dalam surah ini diterangkan perihal peperangan dan perdamaian. Pun begitu, ditegaskan jalan perdamaian adalah lebih diutamakan kerana Islam itu agama perdamaian. Peperanagn berlaku hanya kerana Islam disekat dan diceroboh. Maka Allah perintahkan penceroboh itu diperangi sehingga mereka dilenyapkan. Ketika pasukan tentera Islam menang di medan Badar, maka banyaklah harta rampasan perang yang telah diperolehi. Berlegarlah persoalan,...

Thursday, July 17, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 16 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah (Surah al-A’raaf). Bani Israel yang tinggal bersama nabi Harun, telah membuat patung berupa anak lembu daripada emas dan mengeluarkan suara. Malah mereka telah mengugut nabi Harun untuk membunuhnya jika melarang. Nabi Harun terpaksa mendiamkan dirinya. Sekembalinya nabi Musa, baginda tersangat marah dan hampir-hampir memukul nabi Harun. Tetapi setelah jelas nabi Harun diugut maka nabi Musa memohon keampunan ke atas nabi Harun. Pembuat dan penyembah patung-patung itu kemudiannya dikenakan kehinaan oleh Allah di dunia lagi. Kecuali orang...

Wednesday, July 16, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 15 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Juzuk sembilan bermula dari ayat 88 surah al-A’raaf. Antara yang jelas jika diperhatikan ialah semua kaum yang derhaka ini sering mencabar dan meminta azab diturunkan segera atas dosa mereka itu daripada para rasul yang diutuskan. Allah tidak menimpakan azab keatas sesuatu kaum kecuali diutuskan rasul kepada mereka. Bila Allah berikan kesenangan setelah kesusahan (untuk mereka bersyukur) tetapi mereka jadi lupa diri, sesat dan sombong. Maka Allah turunkan azab setelah diberi peringatan. Sedangkan jika mereka beriman dan bersyukur,...

Tuesday, July 15, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 14 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Masih dalam surah al-A’raaf. Manusia diberi ingat agar tidak mengikut pedaya syaitan seperti mereka memperdayakan Adam hingga dikeluarkan dari syurga. Orang tidak beriman suka mengikut nenek moyang mereka walaupun perkara itu keji. Allah menyuruh mengikhlaskan diri beribadat kepadaNya semata-mata. Allah mengurniakan nikmat makan, pakai, perhiasan untuk digunakan tetapi jangan melampau dan menyombong. Golongan yang taat tiada kebimbangan di akhirat nanti. Sementara golongan yang ingkar akan mendapat bahagian mereka di dunia sehinggalah...

Monday, July 14, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 13 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Surah al-An’aam ayat 111, juzuk lapan mendedahkan  perihal orang-orang yang kafir, yang meminta didatangkan mukjizat kepada mereka tetapi Allah maha mengetahui bahawa jika mukjizat itu datang sekalipun, mereka tidak akan beriman. Dijadikan musuh para nabi itu terdiri dari syaitan manusia dan jin yang sentiasa membisikkan keraguan dan orang yang tidak beriman akan mempercayainya. Sehingga ada yang sanggup mencari hakim selain dari Allah kerana ragu sedangkan kitab Allah itu sangat jelas dan nyata, tiada siapa yang boleh memindanya. Disuruh...

Sunday, July 13, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 12 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Dalam ayat ke 63 surah al-An’aam, Allah bertanya kepada manusia, siapakah yang telah menyelamatkan manusia dari semua bencana darat dan laut, ketika manusia berdoa secara terang dan tersembunyi. Sedang mereka tahu Allah yang menyelamatkan mereka, mereka tetap mempersekutukan Allah. Allah juga menghantar bala yang menyebabkan manusia berperang sesama sendiri. Kenyataan ini adalah bentuk pengajaran dari Allah supaya manusia berfikir. Masa akan menyerlahkan kebenaran. Maka dengan itu Allah melarang kita duduk dengan golongan yang mempersendakan...

Friday, July 11, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 11 : Bacaan Tiga Minit

Bismilllah Surah al-An’aam (Binatang Ternak) diturunkan di Mekah, mengandungi 165 ayat dan hal berkaitan nama surah ini disebutkan pada ayat ke 136. Penekanan yang utama surah ini ialah berkenaan aqidah, menolak hal syubhah yang ditimbulkan oleh orang-orang kafir, menafikan bahawa manusia berhak mengharam dan menghalalkan sesuatu, hanya Allah sahaja yang layak, menerangkan keadaan orang kafir mati dan menegaskan bagi orang mukmi, seluruh solat, ibadat, hidup dan mati mereka hanyalah untuk Allah tuhan sekelian alam. Antara isi penting ialah,...

Wednesday, July 9, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 10 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Masih dalam surah al-Maa’idah ayat 51. Jika kita mengambil Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat sebagaimana munafik mengambil mereka sebagai teman, kerana takut ditimpa bencana (yang mana nanti munafik itu terpaksa meminta pertolongan dari rasulullah. Inilah yang mereka tidak mahu) maka kita akan menjadi sebahagian daripada golongan mereka. Jika diantara kita ada yang murtad, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah kasihkan mereka dan mereka kasihkan Allah, bersifat lemah lembut dengan orang beriman dan tegas dengan...

Pencapaian apa yang Razif telah capai?

Bismillah Apabila PM membuat lawatan kerja rasmi bagi  mendengar taklimat pembangunan negeri sebagai input bagi menggubal  Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) (2016-2020) baru-baru ini, antara komen beliau berkaitan negeri Terengganu ialah, beliau berpuas hati dengan pencapaian Menteri Besar Terengganu Datuk Abdul Razif Abdul Rahman yang telah memerintah Terengganu selama hampir dua bulan selepas krisis kepimpinan Umno Terengganu meletus...

Monday, July 7, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 9 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Surah al-Maa’idah (hidangan) diturunkan di Madinah dan mengandungi 120 ayat. Dinamakan al-Maa’idah kerana peristiwa mengenainya disebutkan dalam ayat 112-115. Antara isi penting surah ini ialah seruan Allah agar kita menyempurnakan perjanjian samada dengan Allah atau manusia, hukum memburu dalam keadaan ihram walaupun binatang itu halal dimakan pada asalnya. Jangan berbuat sesuka hati dengan syiar-syiar Allah, menghormati bulan-bulan tertentu, juga mengenai kesyirikan yang dilakukan kepada binatang ternak sebagai penyembahan. Allah...

Sunday, July 6, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 8 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Dalam ayat 127 surah an-Nisaa’, Allah menerangkan perihal hukum-hakam berkaitan perempuan dengan lebih jelas lagi. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah apabila ada konflik, selesaikanlah dengan cara baik dan seboleh-bolehnya janganlah bercerai dan bersifat kedekut. Allah juga mengetahui bahawa manusia tidak akan dapat berlaku adil kepada isteri-isteri mereka (untuk yang berpoligami). Tetapi janganlah sampai mengabaikan terus isteri-isteri yang lain hanya kerana lebihkan sayang kepada isteri-isteri tertentu. Orang-orang beriman...

Saturday, July 5, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 7 : Bacaan Tiga Minit

Bismillah Sambungan ayat ke 54 surah an-Nisaa’. Yahudi sebenarnya merasa dengki dengan nabi Muhammad dan umatnya kerana nikmat iaitu kenabian dan Islam kepada mereka oleh Allah. Sedangkan nabi Ibrahim juga telah dikurniakan perkara itu. Sebahagian Yahudi itu ada yang beriman kepada nabi Ibrahim dan sebahagian lagi kufur. Mereka yang kufur ini akan dibakar dalam neraka sehingga hangus dan digantikan dengan kulit baharu supaya azab itu berterusan. Apabila berhukum, hukumlah dengan adil dan serahkan amanah kepada ahlinya. Taatlah kita kepada...