HEADER

HEADER

Monday, June 30, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 2 : Bacaan tiga minit

Bismillah Surah al-Baqarah diturunkan di Madinah ialah surah terpanjang yang mengandungi sebanyak 286 ayat di dalamnya. Dikategorikan sebagai “Tujuh Surah Panjang” ataupun Assabuththiwaa. Keistimewaan surah ini dinyatakan dalam Sahih Muslim yang bermaksud “ Bacalah kamu surah al-Baqarah kerana sesungguhnya menerima ajarannya mendatangkan berkat (kebajikan yang banyak) dan membiarkannya (mencuaikannya) menyebabkan timbul perasaan sesal kecewa. Dan orang-orang yang menceburkan diri dalam keadaan yang batil (salah) tidak akan dapat menggunakan ajarannya. Dinamakan...

Sunday, June 29, 2014

Tadabbur Ringkas al-Quran 1: Bacaan tiga minit

Kita mungkin boleh membaca dan menamatkan al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. Jika kita duduk beramai-ramai membaca al-Quran dengan dibimbing oleh seorang atau beberapa orang guru, maka ia dinamakan tadarrus. Tetapi berapa ramai yang bertadarrus itu memahami al-Quran yang dibaca itu? Janganlah kita hanya mengejar untuk khatam tetapi dalam masa yang sama tidak tahu apakah kehendak al-Quran itu. Membaca dan memahami isi kandungan al-Quran itu dinamakan tadabbur. Oleh itu pihak kami cuba mengambil inisiatif bagi membantu masyarakat memahami kehendak...

Wednesday, June 25, 2014

PAS Marang lancar program “Ramadhan Bulan Tarbiyah”

PAS Marang baru-baru ini telah melancarkan satu program keagamaan bagi memeriahkan lagi sambutan kehadiran bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Program ini bermatlamatkan bagi melahirkan insan bertaqwa sesuai dengan jaminan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183. Pelancaran  program “Ramadhan Bulan Tarbiyah” itu telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor YB Iskandar Abdul Samad sebaik sahaja beliau selesai menyampaikan...

Tolak pasar berkonsep ala Dubai

Petikan : Sinar Harian MOHD AZLIM ZAINURY June 25, 2014 Dr Alias menunjukkan reka bentuk bangunan baharu Pasar Besar Kedai Payang dicadangkan, ketika sidang media di Rusila. MARANG – Pas Terengganu mendakwa rakyat menolak pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang ‘ala Dubai’ dicadangkan kerajaan BN di bawah pimpinan bekas Menteri Besar (MB), Datuk Seri Ahmad Said. Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Dr Alias Razak berkata, semua...

Sunday, June 22, 2014

PAS Marang berazam menjadi Role Model

Marang : Setelah berjaya mencatatkan kejayaan sebagai kawasan paling ramai ahli, PAS Kawasan Marang mengorak langkah baru kearah menjadikan Marang sebagai kawasan Role Model kepada seluruh kawasan di Terengganu. Hasrat itu dinyatakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Marang Haji Yahaya Ali dalam ucapan pembukaannya pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang semalam yang diadakan di Dewan Tok Guru, Masjid Ruslia. Menurutnya, ahli...

Saturday, June 21, 2014

Tingkatkan ilmu untuk kuasai masyarakat

Marang : Ahli PAS digesa agar mempelbagaikan ilmu dan memperkemaskan peribadi bagi menarik lebih ramai ahli-ahli baru kedalam parti. Ini kerana cabaran politik dimasa depan pastinya berbeza berbanding dengan keadaan sekarang dan oleh kerana itu, ahli-ahli PAS perlu memperhebatkan usaha bagi menguasai ilmu agar tidak ketinggalan. Gesaan ini disuarakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan...

Friday, June 20, 2014

MTD Bukit Payong tingkat usaha kukuh kewangan

  Dalam setiap organisasi, kekuatan yang sangat penting dan ditekankan dengan serius ialah hal berkaitan kewangan kerana dengan kewangan yang kukuh, akan memastikan banyak program akan dapat dilaksanakan. PAS juga tidak terkecuali dalam hal ini, selain daripada menerima sumbangan derma dari ahli-ahli dan juga golongan-golongan yang bersimpati dengan perjuangannya, PAS juga mempelbagaikan sumber kewangannya. Menyedari akan kepentingan mempunyai...

Friday, June 13, 2014

PAS sasar 100 ribu ahli akhir tahun ini

PAS Terengganu melahirkan keyakinan yang tinggi dengan sasaran bagi mendaftarkan seramai 100 ribu orang ahli menjelang akhir tahun ini. Hal ini dinyatakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Haji Mahyudin Abdul Rashid ketika menyampaikan ucapan aluan dalam majlis Himpunan Keluargaku Ahli PAS Kawsan Marang (HIKAP) Menurut beliau, pada ketika ini, jumlah keseluruhan ahli PAS di Terengganu ialah seramai kira-kira 84 ribu...

Monday, June 9, 2014

Tangkis pemikiran seleweng Islam

Melihat kepada perkembangan yang agak agresif dari pemikir-pemikir barat yang pada masa ini sedang giat mengembangkan pemikiran-pemikiran yang terpesong, maka PAS Kawasan Marang telah mengambil langkah pencegahan. Baru-baru ini pada hari Khamis 5 Jun, PAS Kawasan Marang, telah menganjurkan program Liqa’ Fikri bagi menangkis serangan pemikiran yang menyeleweng dari kehendak Islam sebenar. Program dihadiri oleh kira-kira 50 orang ahli pelbagai...