Angkat Sumpah

Hari mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bukit Payong

Aktivi

Sebahagian aktivi dalam melunaskan amanah sebagai Adun.

HEADER

HEADER

Sunday, April 19, 2015

PAS Kampung Laut anjur sukaneka

 
 
Satu pertandingan sukaneka diantara penduduk Kampung Laut telah diadakan semalam, bertempat di hadapan Surau Kampung Laut, di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Payong.
 
Kehadiran seramai kira-kira hampir 400 orang peserta yang terdiri lebih daripada 100 kanak-kanak, pemuda-pemudi, serta orang dewasa dan muslimat itu adalah diluar jangkaan pihak penganjur.
 
Ini kerana Kampung Laut dan Belukar Jambu adalah kawasan mesra Umno yang tradisi.
 
Dalam ucapan perasmian, Ketua Cawangan PAS Kampung Laut, Haji Abdullah, berkataprogram seumpama ini adalah pertama kali diadakan di Cawangan Kampung Laut dan beliau sangat gembira dengan sambutan masyarakat sekeliling.
 
Beliau juga memuji usaha yang telah ditunjukkan oleh Pemuda PAS Cawangan Kampung Laut bagi menjayakan sukaneka ini dan sekaligus membuktikan bahawa PAS mampu menyatukan masyarakat dengan program seperti ini.
 
Melihat kepada sambutan yang sangat baik ini, Haji Abdullah tidak menolak cadangan untuk menjadikan acara sukaneka ini sebagai acara tetap tahunan bagi kalendar aktiviti cawangan.
 
Beliau juga yakin dan percaya kehadiran yang ramai ini menandakan kepercayaan penduduk kepada PAS telah bertambah kukuh disebalik kegemparan beberapa isu dalam negara seperti GST, 1MBD dan sebagainya
 
Antara acara yang dipertandingkan dalam sukaneka itu ialah pertandingan tangkap belut yang menjadi pertandingan paling disukai peserta juga acara boling kelapa, sambung kasih dan kupas buah kelapa.
 
Hadirin juga dihidangkan dengan persembahan istimewa iaitu permainan ular berbisa.
 
Pertandingan yang bermula pada jam lapan pagi itu berakhir pada jam dua petang dan acara penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.
 
Para tetamu dan peserta kemudiannya dijamu dengan gulai kambing dan sup belut sebagai mengakhiri acara sukaneka.

Wednesday, April 15, 2015

Dua minggu selepas GST


Bismillah

Setelah dua minggu kita ‘menikmati’ dan dalam kita cuba menilai sejauh manakah keberkesanan GST dalam memenuhi hasrat yang digariskan oleh kerajaan atas apa yang kerajaan gelarkan sebagai cukai yang memberikan kemakmuran, menurunkan harga barang, memudahkan system percukaian dan banyak lagi ‘kelebihan-kelebihan’ GST yang kerajaan gariskan ketika memulakan GST dulu. Tidak hanya dengan semua ini, dikhabarkan juga rakyat gembira dengan GST ini serta menjadikan mereka lebih berjimat cermat, pandai memilih kedai dan membandingkan harga jualan sebelum membeli, ternyata hanyalah omong kosong belaka.

Kita sangat memahami kenyataan-kenyataan separuh masak dari pimpinan Umno terutamanya dalam menghadapi kemarahan rakyat tidak lebih hanyalah sebagai ulang tayang alasan-alasan lapuk yang dikitar semula untuk disuapkan ke mulut-mulut rakyat dengan sangkaan rakyat lebih bodoh daripada mereka. Sangat jarang kita dengar pujukan-pujukan bodoh pimpinan MCA atau MIC kepada penyokong mereka atas nama GST ini yang mana mungkin mereka juga tidak bersetuju dengan Umno ataupun mungkin lebih daripada itu, mereka tidak sanggup memperbodohkan pengikut mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Umno kepada penyokong mereka.

Dengan persoalan-persoalan yang bertubi-tubi timbul bukan sahaja daripada pembangkang, orang atas pagar, malah penyokong Umno-BN sendiripun mempersoalkan keberkesanan perlaksanaan GST ini oleh kerajaan Umno-BN. Jelas ini adalah isyarat yang besar betapa mereka juga membenci GST. Dengan jaminan harga barang akan turun selepas perlaksanaan GST, bagaimana mungkin rakyat dapat menahan amarah kerana sebaliknya berlaku ialah kenaikan harga. Janji atas 4000 barangan tidak akan dikenakan GST berlalu begitu sahaja. ‘Top up’ telefon dikenakan GST, ada sesetengah stesen minyak kenakan GST keatas RON 95 dan banyak lagi kes-kes yang mengelirukan rakyat berlaku. Tiada mekanisma yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam menurunkan dulu harga barang iaitu sebanyak 10-15 peratus atas cukai SST tetapi terus dinaikkan sebanyak enam peratus atas SST dan GST. Dan cukai berganda ini mengenai semua rakyat tidak kira penyokong Umno atau bukan. Laporan dari Fomca menyatakan bahawa harga barang naik 30 peratus selepas GST.

Bagi yang tidak dilayakkan oleh kerajaan untuk mengenakan GST kepada pelanggan, mereka tidak bersusah hati, mereka ada cara percukaian mereka sendiri. SPAD contohnya telah menaikkan harga tambang sebanyak lebih kurang 40 peratus, hampir tujuh kali ganda GST sebelum GST itu sendiri muncul. Yang tertekan ialah peniaga-peniaga kecil yang dikenakan GST oleh pengedar. Mereka tersepit antara mahu menyerap GST atau mengenakannya kepada pelanggan. Dengan syarat jualan tahunan melebihi RM500 ribu, maka mustahil bagi peniaga-peniaga kecil akan mendaftarkan diri mereka dengan Kastam. Disinilah terjadinya dilema. Sehinggakan ada yang berbalah dengan pelanggan. Ini semua hasil dari ketololan kerajaan kerana melaksanakan GST tanpa menurunkan harga barang terlebih dahulu. Namun, bagaimana kerajaan boleh diharap untuk menurunkan harga barang sedangkan apabila terjadi penurunan harga minyak contohnya, mereka gagal dan mungkin tidak mahu menurunkan harga barang kerana jelas sekarang ini, kantung kerajaan hampir kering disedut.

Dengan masalah hutang kerajaan yang mencecah hampir 750 billion, huru-hara pengurusan 1MDB, pemborosan pembelian jet kerajaan dengan nilaian jutaan ringgit, skandal yang melibatkan individu yang bukan dari kerajaan dalam 1MDB, cadangan menaikkan umur bagi pengeluaran KWSP adalah tanda-tanda jelas kewangan negara dalam keadaan bahaya. Kesannya akan dirasakan oleh semua lapisan rakyat termasuk penyokong tegar Umno-BN, kecuali menteri-menteri Umno yang mungkin masih boleh menggadaikan jam-jam mewah mereka jika terdesak. Sangat jelas isyarat kejatuhan system kewangan kita sehinggakan Tun Dr Mahathir sendiripun sekarang sedang menghalakan senapang perangnya kepada Dato’ Seri Najib kerana menurutnya, Najib sedang membawa masalah kepada negara.

Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk turun pada hari Jumaat ini 17 April jam 5 petang di Pantai Awam Batu Burok, bagi menyatakan bantahan terhadap kegilaan cukai ini yang telah memberikan kesan buruk yang besar kepada rakyat walaupun hanya pada permulaan pengenalannya. Bayangkan jika ianya berterusan, maka rakyat akan terus terhimpit dengan masalah kewangan, seterusnya membawa kepada masalah-masalah lain seperti sosial, jurang kemiskinan yang melebar, jenayah dan lain-lain lagi gejala negatif di dalam negara kita ini yang sememangnya ketika ini telahpun berhadapan dengan gejala-gejala negatif itu. Oleh itu, himpunan bantahan ini adalah tanggunggjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia dan bukannya penyokong parti atau mana-mana gerakan. InsyaAllah kita bertemu di Batu Burok 17 April jam 5 petang ini dengan berpakaian hitam.


YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Terengganu
25 Jamadilakhir 1436 bersamaan 15 April 2015